CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5935|Reply: 58

[Tempatan] Sultan Johor tolak RM2 juta untuk jual gelaran Tan Sri kepada ummah gila pangkat

[Copy link]
Post time 23-3-2017 12:13 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 22-3-2017 04:33 PM

Berambus – Sultan Johor beritahu ejen tawar RM2 juta beli ‘Tan Sri’


'Itu bukan periuk nasi saya jual darjah', Sultan Ibrahim berkata pingat dan darjah kebesaran di Johor diberikan atas jasa seseorang semata-mata dan bukan dijual beli.

PETALING JAYA: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkata darjah kebesaran yang dikurniakan di negeri itu tidak boleh dijual beli, dan mendedahkan bagaimana orang tengah cuba menawarkan sejumlah wang yang besar kepadanya untuk menganugerahkan gelaran kebesaran kepada orang tertentu.

“Nak bagi saya RM2 juta untuk satu Tan Sri. Saya kata pada ejen… saya tak nak bagi nama nanti dia malu… saya kata pergi berambus.

"Itu bukan periuk nasi saya jual darjah,” katanya dalam wawancara khas bersama Berita Harian sempena Hari Keputeraan Sultan Johor yang berlangsung esok.

Sultan Ibrahim bagaimanapun enggan mengulas sekiranya darjah dan pingat diraja dijual beli di negeri lain.

“Itu bukan hak saya untuk komen pun. Negeri lain terpulang kepada negeri masing-masing bukan hal saya, saya tengok Johor sahaja,” katanya.

Menurutnya, ramai “ejen-ejen penipu” menawarkan gelaran kebesaran akan muncul menjelang Hari Keputeraan.

“Pada mereka yang mudah tertipu, itu nasib awaklah. Pesanan saya sekarang… ingat datuk Johor, pingat, darjah kebesaran Johor tak boleh dibeli.”

Sultan Ibrahim berkata mereka yang bakal menerima darjah kebesaran akan dimaklumkan baginda sendiri.

“Contoh tahun ni, mungkin satu dua datuk. Nilai pingat saya dah sama macam datuk. Bermakna… betul-betul orang yang patut layak menerima atas jasa dia baru saya bagi.

“Saya dimaklumkan ada yang menubuhkan kelab datuk dari negeri lain. Di Johor ini, kita tidak ada kelab untuk datuk, malah kita juga tidak ada jata untuk ditunjukkan.”

Sultan Ibrahim berkata apa yang membezakan darjah kebesaran Johor ialah pihak istana akan menerima dengan “hati penuh ikhlas” sekiranya seseorang penerima memulangkan semula darjah yang dianugerahkan kepadanya.

“Kalau fikir sendiri itu dah tak layak memakai darjah Johor, kalau nak pulang boleh pulang. Siapa makan lada dialah rasa pedas.”


http://www.freemalaysiatoday.com/cat...-beli-tan-sri/


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2017 12:18 AM | Show all posts
merujuk pada siapa ni?   
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2017 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
800 dan 2. Mana pilihan kalbu
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2017 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Sultan boleh bagi tan sri meh??
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2017 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Sultan lain ape cite
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2017 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Ishhhh malunyaaaa father in-law adik pompuan dia   bukan ke yg bauksit2 sana tu adik pompuan dia ke yg ada acc kat forum ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2017 12:41 AM | Show all posts
pedih kalau soltan kuantan bace ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2017 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Daulat Tuanku!!!!!!!!!

Walau mcm mana ramai yg cerca pasal kerabat Johor but at least they are the one and only kerabat yg betul2 kurniaan darjat yg rakyat akan wow!!!! Takat bauksit...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2017 12:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Perli wak yidin kot.. Tak reti2 nak pulang balik darjah yg bagi...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2017 12:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Respek...sapa dapat datukship from johore makna really deserve it utk jasa2
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2017 12:47 AM | Show all posts
pyropura replied at 23-3-2017 12:32 AM
Sultan boleh bagi tan sri meh??



I pun musykil. Bukan tun & tan sri bawah persekutuan ker.. only agung yg boleh kurniakan?
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2017 02:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Hanya YDP Agong sahaja yang boleh kurniakan darjah Tan Sri dan Tun. Sultan hanya Dato/ Datuk sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2017 02:52 AM | Show all posts
Edited by Lagubestbest at 23-3-2017 02:54 AM

Orang beli pangkat bukan sebab gila, tapi sebab nak meniaga. Bukti mampu buang duit. Kalau ada pangkat senang nak JV dengan datuk datuk lain, kalau takat title Encik je, jenuh nak tunjuk satu-satu detail kemampuan kewangan, lepas dah tunjuk pun orang tak berapa nak 'grab' lagi. Bila dah berjaya beli, tak semestinya jaja gelaran sepanjang masa, ada masa tertentu je guna. Memang ada yang mengutuk, tapi kalau nak deal bisnes, yang mengutuk tu ketar lutut jugak salam dengan datuk beli.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2017 02:53 AM | Show all posts
Btw kot kalau ada darjah kebesaran yang arwah ayah dia bagi pada TUN M - bukan lah hak si soltan ini utk menarik balik.

Btw peliklah kenapa Soltan ni suka menyindir? Rakyat menyindir nanti dia tak suka pulak.

Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2017 04:21 AM | Show all posts

Sejak bila Sultan boleh bagi Tan Sri ????
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2017 04:25 AM | Show all posts

Aliff Syukri dengan si Vida tu beli kat Sultan mana ?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2017 06:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Agung saja yg boleh kurniakan Tan Sri.

Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2017 06:43 AM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 23-3-2017 12:32 AM
Sultan boleh bagi tan sri meh??

Betul juga
Tan sri hanya persekutuan saja kan
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2017 07:06 AM From the mobile phone | Show all posts
pelik gak  ni sultan bgk tan sri
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2017 07:20 AM From the mobile phone | Show all posts
hahahaha, daulat tuanku. ingat, siapa makan cili dialah terasa pedasnye.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:59 PM GMT+8 , Processed in 0.632685 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list