Sembilan lelaki tempatan ditahan di beberapa negeri kerana dipercayai terlibat dengan aktiviti kumpulan pengganas Daesh. Memetik laporan The Star, semua suspek berusia antara 20 hingga 46 tahun itu ditahan di Selangor, Perak, Kedah, Kelantan dan Johor dalam operasi yang dilancarkan Bahagian Antikeganasan Cawangan Khas (E8) Bukit Aman.
Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata tangkapan pertama di Klang, Selangor membabitkan seorang lelaki berusia 27 tahun bertugas sebagai juruteknik Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM). Selain itu, suspek lain yang ditangkap dalam serbuan di Kulim, Kedah dan Ipoh, Perak pula membabitkan seorang guru sekolah rendah berusia 37 tahun dan pengawal keselamatan berusia 39 tahun. Jelas Khalid, guru terbabit mengaku menyebarkan ideologi Salafi Jihadi kumpulan pengganas Daesh melalui Facebook bertujuan merekrut anggota baharu, manakala pengawal keselamtan itu merancang menyusup keluar dari negara ini untuk menyertai perjuangan Daesh di Syria atau selatan Filipina.
Semua suspek ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut Bab VIA – Kesalahan berkaitan dengan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Akta 747).- CARI |
14
Bagus |
11
Marah |
16
Terkejut |
21
Sedih |
10
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT