CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1376|Reply: 3

Sembilan Lagi Anggota IS Ditahan Polis, Termasuk Guru Sekolah Rendah

[Copy link]
Post time 24-3-2017 05:52 PM | Show all posts |Read mode
Sembilan lelaki tempatan ditahan di beberapa negeri kerana dipercayai terlibat dengan aktiviti kumpulan pengganas Daesh.


Memetik laporan The Star, semua suspek berusia antara 20 hingga 46 tahun itu ditahan di Selangor, Perak, Kedah, Kelantan dan Johor dalam operasi yang dilancarkan Bahagian Antikeganasan Cawangan Khas (E8) Bukit Aman.


Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata tangkapan pertama di Klang, Selangor membabitkan seorang lelaki berusia 27 tahun bertugas sebagai juruteknik Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM).


Selain itu, suspek lain yang ditangkap dalam serbuan di Kulim, Kedah dan Ipoh, Perak pula membabitkan seorang guru sekolah rendah berusia 37 tahun dan pengawal keselamatan berusia 39 tahun.


Jelas Khalid, guru terbabit mengaku menyebarkan ideologi Salafi Jihadi kumpulan pengganas Daesh melalui Facebook bertujuan merekrut anggota baharu, manakala pengawal keselamtan itu merancang menyusup keluar dari negara ini untuk menyertai perjuangan Daesh di Syria atau selatan Filipina.


Semua suspek ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut Bab VIA – Kesalahan berkaitan dengan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Akta 747).- CARI

sumber foto: The Star



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2017 05:57 PM | Show all posts
Ini semua tipu lah, mana ada pengganas berugama Islam. Pandai je Yahudi nak burukkan orang Islam.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2017 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
laaa...ada lagi daesh ni..
gigih nau..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2017 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh hello kimak.isis bukan isle oke..awalypon mereka sunni tapi kapir..sunni kapir lahhh!!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.276204 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list