Beberapa hari lalu selepas pelakon Adi Putra, 36, bercerai dengan isteri pertamanya, Zuhaidah Yusof, 42, media sosial kecoh membincangkan isu perceraian pasangan berkenaan.
Pun begitu, media sosial hari ini (Khamis), sekali lagi digemparkan apabila Adi memuat naik gambar bekas isteri pertama dan isteri keduanya dengan kapsyen yang begitu mengejutkan pengikut Instagramnya. "Ramai yang bertanyakan tentang status rumah tangga saya, di sini saya ingin nyatakan yang saya tidak ada apa-apa hubungan dan kaitan lagi dengan @aidayusof15 ( aida ) dan @marmobilespa ( shahida )," tulisnya. Terdahulu, Adi memfailkan permohonan cerai dengan Zuhaidah Yusof atau lebih mesra dipanggil Aida Yusof pada 3 Mac lalu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.
Tak sampai sebulan, Adi telah menceraikan kedua-dua isterinya! Namun, dalam masa sama Adi enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu. Bagaimanapun, Adi meminta semua pihak menghormati kedua-dua bekas isterinya supaya tidak diganggu. Apa sebabnya Adi melepaskan kedua-duanya sekali ya? Semoga ketiga-tiga mereka tabah dalam meneruskan liku-liku kehidupan. - CARI
|
12
Bagus |
11
Marah |
12
Terkejut |
8
Sedih |
13
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
abgsallehsado replied at 23-3-2017 02:10 PM
samerplak kaler tudung kedua2 x bini..
hanni_ruzz replied at 23-3-2017 02:10 PM
dah ada calon baru ler tewwww
ADVERTISEMENT