Tidak dapat dinafikan lagi bagaimana terujanya anak-anak bila menonton rancangan kartun kegemaran mereka. Sifat kanak-kanak yang penuh tanda tanya dalam diri mereka dan juga sentiasa mahu belajar perkara baru, semuanya ada dalam rancangan kartun.
Namun begitu, alangkah malangnya masa yang dibiarkan untuk anak-anak belajar dan juga berseronok dengan kartun kesayangan mereka bertukar sesuatu yang negatif dan ia bercambah dengan cepat dalam diri mereka. Itulah yang diluahkan oleh seorang ibu berkenaan kartun tempatan yang dikatakan mengajar anak-anak bercakap dengan kasar dan juga biadap. "Mungkin ada yang tidak setuju dengan saya.
"Tapi saya sangat kesal betullah dengan kartun cantik dan comel tetapi tiada penekanan adab dan bercakap biadap," ujar ibu ini menerusi laman Facebook miliknya. Katanya, watak dalam kartun itu serba tidak kena, misalnya seorang kakak bercakap kasar dan menengking adik-adiknya. Manakala seorang nenek hanya 'memenangkan' cucunya walaupun buat silap. Bagi watak si kecil pula, mereka dibiarkan melawan cakap orang tua malah suka mengejek. "Kartun ini cantik dan menarik dari segi gambar dan suasana kampung yang mengimbau kenangan zaman kanak-kanak kita. "Tapi dialog bahasa memang salah. Kenapa perlu ayat kasar. Beri pengaruh buruk dari segi adab bercakap anak-anak." Justeru, wanita ini mengajak semua ibu bapa agar berhati-hati emilih rancangan kartun untuk anak-anak. Yang dipilih bukannya kartun comel namun sebaliknya kualiti. Hal ini dipersetujui ramai netizen lain yang katanya bukan satu dua kartun sebegini, sebaliknya banyak lagi rancangan seumpamanya mengajar anak-anak jadi biadap. Kesimpulannya, jagalah 'rebung' anak-anak ini selagi boleh. Jangan sudah menjadi 'buluh' yang penuh sikap melawan, bercakap kasar dan biadap, barulah hendak dilentur. - CARI |
25
Bagus |
6
Marah |
7
Terkejut |
6
Sedih |
10
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
prettyuglybabe replied at 20-3-2017 05:21 PM
kartun yang tengok beberapa kali pulak disalahkan bila anak jadi kurang ajar..
yang communication m ...
belilies replied at 20-3-2017 05:44 PM
Now i can relate napa lpf nak tapis babak gay dlm beauty and the beast.
dinopower replied at 20-3-2017 05:40 PM
btul sgt2... tgk positif sudah... kak ros tu garang tp syg adik2 die.... iols tak nmpk mana silap ...
matchstick replied at 20-3-2017 06:18 PM
mungkin anak2 dia sejenis kurang cerdik..ambik bulat2 je apa yg kartun tu buat. kalau anak kecik s ...
allhaillll replied at 20-3-2017 10:03 AM
tp aku tak bekenan kartun awang kenit. upin ipin ok je.
ADVERTISEMENT