Hidup bergelandangan selama lebih 25 tahun, seolah-olah tiada sinar buat lelaki dari Sepanyol ini. Namun tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tidak dapat dijangkakan apabila dirinya berubah 360 darjah selepas melalui transformasi yang menakjubkan.
Dikenali sebagai Jose Antonio, dahulunya dia selekeh dengan jambang yang tidak terurus dan rambut yang kusut masai. Usaha murni seorang pemilik salon rambut, Salva Garcia yang menjemput Antonio untuk masuk ke dalam salonnya nampaknya berjaya memberikan kehidupan baru buat lelaki yang kurang bernasib baik ini. Selepas rambutnya dipotong dan diwarnakan dari perang menjadi hitam, jambangnya dipotong dan wajahnya dirapikan, Antonio sendiri tidak percaya itu adalah dirinya. Sambil mengesat air mata dia berkata, "Ya Tuhan, adakah ini saya?" Memakai persalinan ala hipster, berkemeja putih dan berseluar panjang merah menyebabkan dirinya menjadi perhatian ramai terutamanya dari para wanita. Video tentang Jose ini telah dikongsikan oleh seorang penerbit filem iaitu Dr.Filmgood di Facebook Page - La Salvajeria sebagai ulang tahun ketiga salon itu. Tengok di sini: Kesimpulannya, lelaki di luar sana perlulah sentiasa menjaga penampilan diri. Semua manusia memang dilahirkan sudah cantik dan kacak, cuma anda sahaja yang perlu menyerlahkannya. -CARI
|
20
Bagus |
16
Marah |
17
Terkejut |
13
Sedih |
7
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
RatuDunia94 replied at 20-3-2017 04:59 PM
mat salleh or org europe ni mmg dh dilahirkan features dorang cantik.. Agak2 ummah malaya berwajah j ...
zameyla replied at 20-3-2017 04:41 PM
macam Logan
RatuDunia94 replied at 20-3-2017 04:59 PM
mat salleh or org europe ni mmg dh dilahirkan features dorang cantik.. Agak2 ummah malaya berwajah j ...
ADVERTISEMENT