CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Hukum Karma Buat Rita Rudaini

20-3-2017 12:47 PM| Diterbitkan: CARI_Kolumnis| Dilihat: 51060| Komen: 255


'HUKUM KARMA' BUAT RITA RUDAINI.

Pada minggu lepas, kisah pelakon jelita Rita Rudaini menjadi viral! Bukan cerita tuntutan nafkah yang bernilai jutaan ribu ringgit, tapi digosipkan hangat bercinta dengan suami orang! 


Eh, apa dah jadi? Ramai yang memandang serong  padanya. Kasihan, wanita yang berasal Kg Utan Aji, Perlis ini. Hidupnya sentiasa dibelenggu masalah, ya, masalah cinta! 

Dan dalam X-POSE edisi minggu ini saya ingin membawakan 'kapsul peribadi' berbentuk kronologi kisah cinta  pelakon yang memiliki tubuh sempurna ini! 


Apa yang dilalui oleh pelakon ini boleh dijadikan pengajaran buat semua. Restu dari kedua ibu bapa adalah tunggak utama sebuah kebahagian dalam gerbang perkahwinan. 


Saya percaya pada hukum karma! Apa yang terjadi pada Rita Rudaini adalah satu hukum karma! Kenapa? Banyak hati yang telah dilukai. 

Banyak cinta yang ditinggalkan dan macam-macam lagi 'kekejaman' yang tanpa disedari dilakukan dalam kronologi cintanya.

Teruskan menatap cerita seterusnya...
Saya mengenali Rita Rudaini ketika menyertai Pertandingan Dewi Remaja 98/99. Masa itu dia berusia 22 tahun. Dalam sesi test shot, pertemuan pertama itu saya kagum dengan penampilan gadis polos dari utara ini masih muda, cantik dan So sweet! 

Bersikap matang dan bijak tanpa `hank panky' berbanding peserta yang lain. She is one of my favorite girls. Tersenarai finalis Dewi Remaja Top 10 tapi kecundang di tangan Juliana Banos. Namun Rita memang dilahirkan untuk menjadi seorang ratu! Dia memiliki kualiti tersebut tapi Allah telah menentukan rezekinya lebih cenderung bidang modelling dan lakonan.

Nasib sentiasa menyebelahinya. Wajah cantiknya menjadi perhatian ramai terutama pengiat bidang perfileman dan pengiklanan. Pada tahun 1999, kontrak pertama dari  pengarah tersohor, Yasmin Ahmad untuk muncul dalam iklan komersil PEPSI. 

Dalam iklan tersebut, Rita melakonkan watak sebagai rakan baik kepada penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza. Nama Rita menjulang naik dalam bidang modeling lewat 1999 hingga 2006. Antara iklan komersil yang dilakonkannya adalah Maybeline, Head & Shoulders, Whiskas, Petronas, Astro Movie Package, Secret Garden termasuklah  wajah cantiknya  digunakan untuk kempen kosmetik Safi Rania Gold dan banyak lagi kalau hendak ditulis di sini. 

Kejayaan itu memberi ruang padanya untuk melangkah lebih jauh. Pemegang Diploma Pentadbiran Perniagaan daripada Kolej Damansara Utama itu  pernah berkhidmat sebagai pramugari MAS.


Perkahwinan...
Pada  tahun 1999, dan genap  berusia 23 tahun Rita mengambil keputusan untuk melangsungkan perkahwinan dengan pengulas sukan TV3, Akbar Shaari, seorang pemuda kacak yang mempunyai kembar seiras.   

Namun mereka bercerai pada 2001 dan disahkan mahkamah pada 2004. Ketika masih bergelar isteri kepada Akbar, Rita merahsiakan status dirinya kepada media atas alasan urusan peribadi tidak ada kena mengena dengan kerjaya seninya.

Selepas berpisah dengan Akbar, kisah cinta Rita mula jadi perhatian media. Dia dikaitkan menjalin hubungan dengan penyanyi & usahawan Dr Fazley pada 2001 dan selepas itu Rita dikhabarkan intim dengan aktor kacak Ako Mustapha. Namun hubungan mereka tidak bertahan lama. Rita kemudiannya mencetuskan berita panas bila  kisah cintanya bersama pemuzik Sham Kamikaze terdedah. Pasangan ini mendapat publisiti meluas  hinggalah hubungan itu berakhir  pada 2003.

Disambung  dengan cinta baru pula yang lebih mantap.  Rita dan aktor Hans Isaac digandingan bersama dalam drama siri Kutub Utara Kutub Selatan dan sejak itu dikhabarkan mereka menjalinkan hubungan selepas Hans putus dengan aktres Elaine Daly. Namun kedua-duanya menganggap hubungan mereka hanya sebagai kawan.

Rita yang sedang berada di puncak kegemilangannya. Wanita cantik, glamour, popular dan sudah pasti menjadi icon sexy dalam industri filem Malaysia,  menjadikan Rita igauan setiap lelaki. Gosip hangat menghiasi dada akbar dan majalah.  

Dalam pada itu, Rita juga  sempat menjalinkan hubungan baik dengan aktor Zizan Nin. Zizan dianggap sebagai salah seorang daripada ahli keluarga Rita dan seringkali dilihat  meluangkan masa bersama keluarga Rita di Kg Utan Aji, Perlis. Aktor Ezany Nizariff juga merupakan senior sekolah menengah Rita, pernah dikaitkan dalam senarai kisah cinta mereka. 

Gosip terus bertiup kecang, Rita dikhabarkan berkawan baik dengan aktor antagonis Fauzi Nawawi, namun Rita menafikan. Desas desus mengenai hubungan mereka lenyap begitu saja apabila Fauzi mengumumkan kekasihnya adalah aktres Lisdawati. Dia dan Lisdawati merupakan angkatan aktres yang agak rapat pada tahun 2001-2003. Mereka bergandingan dalam filem Mistik (2003). 

Foto: Malay Mail Online
Namun hubungan mereka tercalar pada Ogos 2006 apabila kedua-duanya berperang besar ketika melakonkan adegan babak gaduh di kolam renang untuk drama siri Kau Yang Ku Sayang arahan Rashid Sibir. Pergaduhan tersebut membawa Rita ke siasatan polis. Rita didapati tidak bersabit dengan segala dakwaan Lisdawati bahawa dirinya dicederakan dengan sengaja oleh Rita. Semenjak kejadian tersebut hubungan kedua-duanya terus dingin.

Menggemparkan! Satu Malaysia terkedu. Rita kemudian mengumumkan bahawa dia sedang intim dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak. Ketika itu Aidil berusia 19 tahun, sementara Rita mencecah usia 31 tahun. Setelah lama menjalinkan hubungan dan menjadi bahan panas media, pada Disember 2008 keluarga Aidil Zafuan secara tiba-tiba mengumumkan bahawa Rita dan Aidil telah menikah sejak Februari 2008 di Songkla, Thailand. 

Pernikahan rahsia itu tidak diketahui ahli keluarga Aidil. Keluarga pemain bola handalan itu mengatakan bahawa mereka tidak merestui hubungan tersebut! 

Kasihan! Refleksi  pernikahan tanpa restu itu menjadi isu berpanjangan. Rita Rudaini dan suaminya hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 6 Mei 2010 untuk mengemukakan rayuan berhubung kes nikah tanpa kebenaran. Aidil menjawab mereka bernikah di negara jiran ekoran tidak mendapat persetujuan daripada ahli keluarganya. Rita pula memberitahu, keluarga mertua tidak menyukai dirinya. 


Namun pada 1 Oktober 2010, Rita mendedahkan bahawa rumahtangganya kini dilanda badai ekoran campurtangan keluarga mentua dan orang luar.Rita dikhabarkan menjadi mangsa kebencian ipar duai keluarga pemain bola itu.

Kemuncak daripada krisis ini, Rita mendedahkan suaminya tidak pulang ke rumah sejak Aidilfitri sebaliknya kembali tinggal di rumah mentuanya.  

Foto: IG Rita
Kenapa orang glamor sukar hidup bahagia? Ada sahaja masalah yang timbul? Persoalan itu bukan untuk kita menjawabnya... terserah  pada yang terlibat! 

Kepada my favorite girls, Rita Rudani, anggaplah kronologi cinta itu sebagai pengajaran dan mulakan hidup baru bersama dua orang anak anda dengan semangat baru dan cari orang baru! 


Sumber: Dipetik dari pelbagai media. 
58

Bagus
51

Marah
30

Terkejut
42

Sedih
39

Lawak
36

Bosan

Friends Rank (256 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pocongkiutss 20-3-2017 12:52 PM
Omg sangat..richie rachman yg tulis ye ni

Quote cepheid 20-3-2017 12:53 PM
Tajuk tak menahan  
Quote pocongkiutss 20-3-2017 12:54 PM
Eh camne dia masuk dewi remaja 98/99 umur 18 tahun..tetibe taun 99 umur dia 23 tahun?
Quote Capoicapoi 20-3-2017 12:55 PM
Panjangnya kronologi.. hihi
Quote Duta lover 20-3-2017 12:55 PM
Ada improvement  .tapi artikel tetap tergantung.  Kenapa x kupas sampai isu pendedahan oleh baizura
Quote terpaku 20-3-2017 12:59 PM

Quote lovelytouch 20-3-2017 12:59 PM
What is dis laahh
Quote apiang 20-3-2017 01:00 PM
hukum karma? nape x summary of CHENTA RR? cerita sal kisah love of her life je... kalo karma ke kimak ke, pasal kantoi hubungan dgn qasha je.

Quote mokcikKSKB 20-3-2017 01:00 PM
pocongkiutss replied at 20-3-2017 12:54 PM
Eh camne dia masuk dewi remaja 98/99 umur 18 tahun..tetibe taun 99 umur dia 23 tahun?

Entahnya xkan rita sebayabaku kowt. Pening jap 18 jap 23..sah2 acik royani ni kertu more than 40.
Quote mokcikKSKB 20-3-2017 01:01 PM
Toonglah motip karma bagai..puji melambung tinggi alih2 artikel habis x mention sapa laki org tu? Tlglah atok richie.. xpayah buat artikel sekadar nk puji lebih lah..who likes royani anyway!!
Quote AbukRokok 20-3-2017 01:06 PM
saya bagi  3 bintang
Quote missyL 20-3-2017 01:09 PM
Mcm xkene je tjuk ngn artikel,ptt tajk
lelaki2 dlm hidup rita xtrmsok skandal latest
Quote fynnkakiblock 20-3-2017 01:10 PM
hukum karma kejadah
Quote fynnkakiblock 20-3-2017 01:11 PM
baideway ni betul ke

Pemegang Diploma Pentadbiran Perniagaan daripada Kolej Damansara Utama
Quote fynnkakiblock 20-3-2017 01:13 PM
so karma hits her back sebab sheols playgirl ke   or sebab rahsiakan perkahwinan dgn akbar masa mula jadik retis then karma kena cerai sms dgn edel sbb bermulut puaka cerca mertua
Quote fynnkakiblock 20-3-2017 01:13 PM
karma apa yg atok nak katakan ni
Quote rina0602 20-3-2017 01:16 PM
tapi best jugak richie rahman tulis..banyak yang tak tau ni. tahniah, boleh improve lagi lepas ni. lepas la jugak rindu nak baca artikel2 macam kat majalah. lama gila tak beli majalah
Quote umbut 20-3-2017 01:22 PM
Aidil 19, rita 31.. Fuhhh.. Kes pedo ni
Quote zachuby 20-3-2017 01:22 PM
tang mana hukum karmanya

Lihat semua komen(255)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 08:18 AM GMT+8 , Processed in 0.097947 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top