Adakah anda merancang untuk pergi bercuti tapi bosan benar rasanya dengan destinasi 'cliche'? Kalau inilah masalah yang anda sedang hadapi, ianya selesai kerana Jepun adalah jawapan yang tepat!
Bayangkan menginap dalam hotel terapung di tengah lautan, lengkap dengan gaya futuristik yang membolehkan anda menenangkan fikiran dan menikmati pemandangan yang cantik. Ya, semuanya benar kerana Hotel Mizukami menawarkan pengalaman indah ini. Hotel yang terletak di Nagasaki ini adalah inspirasi dari taman tema ‘Huis Ten Bosch’ di Belanda.
Lengkap dengan katil, tandas, bilik mandi dan keluasannya 36 hingga 38 meter persegi, ia boleh memuatkan kira-kira 4 orang. Apa yang lebih menarik adalah hotel terapung ini akan 'menghantar' dan 'menghanyutkan' anda ke tempat-tempat berbeza di sekitar pulau di Omura Bay. Jangan risau, kerana kapsul ini sudah diprogramkan perjalanannya secara digital oleh pihak perhotelan. Pada malam hari anda dapat berbaring menikmati bintang-bintang di langit, bangun pagi pula anda akan sampai di pulau yang cantik dan tidak berpenghuni. Memang sangat privasi. Kos untuk menginap dalam kapsul ini bermula dengan harga RM1395 satu malam. Sesuai juga bagi mereka yang masih tercari-cari lokasi romantik untuk berbulan madu. Ada yang berminat untuk mencuba pengalaman unik ini tak? -CARI
|
26
Bagus |
32
Marah |
25
Terkejut |
37
Sedih |
39
Lawak |
33
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT