Selepas angin bertiup kencang sedikit masa dahulu, akhirnya pelakon Dira Abu Zahar mengakui kini statusnya sebagai ibu tunggal.
Malah, ia merupakan perceraian kali kedua yang berlangsung dalam hidupnya, seperti memetik laporan Mstar Online. Pun begitu, ternyata Dira bukanlah wanita sebarangan kerana statusnya itu langsing tidak memberikan apa-apa tekanan atau kesulitan dalam kehidupannya sehari-hari. "Rasanya tiada apa nak ulas lanjut tentang perceraian saya. Semua pun sudah tahu. Malah, kami pun berpisah secara baik, tidak bergaduh atau bermusuhan. "Saya masih kekal bersahabat baik dengan bekas suami (pengarah Helmi Yusof). Malah, hubungan saya dengan bekas suami pertama (Ash Bau) pun baik. Jadi kehidupan saya sekarang berjalan dengan lancar dan stabil. "Saya okey saja sebab Anggun (anak) mempunyai dua bapa. Buat masa ini saya selesa dan senang dengan kehidupan solo ini dan hanya perlu fokus pada anak dan kerja," ujarnya. Untuk rekod, pasangan ini diijabkabulkan pada 11 November 2011 dan bercerai selepas Aidilfitri tahun lalu. - CARI |
kutu_ayam replied at 18-3-2017 11:23 PM
Dia ni anak tokey maju holding ke?
August1957 replied at 18-3-2017 11:50 PM
dia ni anak bekas ketua menteri melaka
kutu_ayam replied at 18-3-2017 11:23 PM
Dia ni anak tokey maju holding ke?
ADVERTISEMENT