CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 14022|Reply: 69

Takziah: Sah Dira Abu zahar sudah bercerai

[Copy link]
Post time 18-3-2017 10:19 PM | Show all posts |Read mode

Dua Kali Jadi Ibu Tunggal Tidak Beri Dira Tekanan
[size=0.688em]Diterbitkan: Sabtu, 18 Mac 2017 6:30 AM


[size=0.75em]Dira Abu Zahar

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah Dira Abu Zahar berkata status ibu tunggal yang dilalui buat kali kedua langsung tidak memberikan tekanan atau kesulitan dalam kehidupannya kini.
[size=0.98em]Malah, pelakon berusia 33 tahun ini mengakui, rutin seharian sama ada untuk urusan peribadi atau kerja berjalan lancar seperti sedia kala.
[size=0.98em]"Rasanya tiada apa nak ulas lanjut tentang perceraian saya. Semua pun sudah tahu. Malah, kami pun berpisah secara baik, tidak bergaduh atau bermusuhan.
[size=0.98em]"Saya masih kekal bersahabat baik dengan bekas suami (pengarah Helmi Yusof). Malah, hubungan saya dengan bekas suami pertama (Ash Bau) pun baik. Jadi kehidupan saya sekarang berjalan dengan lancar dan stabil.



[size=0.98em]"Saya okey saja sebab Anggun (anak) mempunyai dua bapa. Buat masa ini saya selesa dan senang dengan kehidupan solo ini dan hanya perlu fokus pada anak dan kerja," katanya kepada mStar Online.
[size=0.98em]Dira atau Khaidirah Abu Zahar bercerai dengan pengarah filem Bikers Kental (2013) selepas Aidilfitri tahun lalu difahamkan berpunca daripada konflik dalaman yang berpanjangan membabitkan penajaan filem tersebut.
[size=0.98em]Pasangan yang diijab kabulkan pada 11 November 2011 itu tidak dikurniakan anak.

Dira bersara daripada dunia lakonan dan memberi tumpuan kepada kerja dibelakang tabir.

[size=0.98em]Terdahulu, Dira pernah berkahwin dengan vokalis kumpulan Bau iaitu Ash atau Tengku Shafriz-Rullah Tengku Shahid pada 2007 sehingga 2010 dan memiliki seorang anak perempuan, Tengku Anggun Deandra Tengku Shafriz-Rullah yang kini berusia sembilan tahun.
[size=0.98em]Tambah Dira, kehidupannya kini juga lebih teratur kerana dapat memberikan tumpuan penuh membesarkan anaknya sejak mengumumkan persaraan daripada bidang lakonan, baru-baru ini.
[size=0.98em]"Keputusan itu (berhenti berlakon) bukan disebabkan merajuk, kecewa atau bosan. Cuma ia adalah waktu yang sesuai dan tepat untuk mengembangkan potensi pada cabang lain iaitu pengarahan dan politik.
[size=0.98em]"Masa saya juga lebih terancang dan tidak perlu terkejar-kejar ke lokasi kerana komitmen lakonan. Sebagai pengarah, saya dapat buat persiapan rapi dan tidak perlu kelam-kabut dan begitu juga dunia politik yang baru saya ceburi ini.
[size=0.98em]"Selebihnya waktu saya dapat ditumpukan untuk diri sendiri dan anak saja. Keadaan itu membahagiakan saya sekarang sebab hidup solo," katanya yang memenangi Pengarah Terbaik (telefilem Redhaku Untukmu) di Anugerah Kaseh Tribute P. Ramlee 2017, awal bulan ini.
[size=0.98em]Katanya yang sudah mengarahkan kira-kira 10 telefilem, dia akan kembali ke kerusi pengarah selepas Hari Raya nanti menerusi telefilem Spagetti Kuah Kacang untuk Astro.
[size=0.98em]Terbaru, filem terakhir lakonannya berjudul Kimchi Untuk Awak arahan Michael Ang akan ditayangkan pada 30 Mac ini.
[size=0.98em]Ia turut dibintangi antaranya Aiman Hakim Redza, Janna Nick, Emma Maembong, Ku Hariz, Normah Damanhuri dan Sharifah Sakinah


Read more at http://www.mstar.com.my/hiburan/ ... zjv5x0jTf6gOVbBE.99



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2017 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni anak tokey maju holding ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2017 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
dia ni cam watak.dominant.

takut laki nk approach

dulu dia kan kes mabuk smpai melodi buang dia?
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2017 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuma ia adalah waktu yang sesuai dan tepat untuk mengembangkan potensi pada cabang lain iaitu pengarahan dan politik.

Politaik? The next Darling ngasri.. anne ngasri ka chuols?
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2017 11:50 PM | Show all posts
kutu_ayam replied at 18-3-2017 11:23 PM
Dia ni anak tokey maju holding ke?

dia ni anak bekas ketua menteri melaka
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2017 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah zira. Dia ni belakon iols suka
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2017 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Berapa kali bercerai da...rasa Mcm baru kawen...apa pun takziah
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2017 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
August1957 replied at 18-3-2017 11:50 PM
dia ni anak bekas ketua menteri melaka

Ohhhj.....tenkiu2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2017 01:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa dia dpt award baru ni, helmi pun ada. Iols ingat diorg dah berbaik x jadi cerai. Iols stalk ig pun ada buat bday anggun sesama. Rupanya bff jek.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2017 01:19 AM From the mobile phone | Show all posts
kutu_ayam replied at 18-3-2017 11:23 PM
Dia ni anak tokey maju holding ke?

Maju holding?  Aritu de chopper Maju holding trun Kat tol putrajaya.  Jakun Beb tgok chopper landing sebelah kita.  
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2017 01:21 AM | Show all posts
yes, ade chance
i like her
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2017 01:51 AM From the mobile phone | Show all posts
sheols too dominan tu pasal la xleh ngn mane2 laki

rancangam apa tah ash penah ckp yang bini baru sherly merlis hormat dia sbg seorang suami so semacam nk bg hint bekas bini x hormat dia khen
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2017 03:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak mampu commit tak payah kawen dira, hidup je happy2 chill2 dengan anak mu, we woman can live without dicks
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2017 03:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah dira. Dia ni banyak kontrobersi but takleh deny yg dia talented
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2017 05:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Suka suara dia

Serak2 arnab gituh
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2017 05:55 AM | Show all posts
Ketika ini tengah aktif  dgn pergerakan Wanita/ Puteri UMNO..So I heard.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2017 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Sayang je yg boleh blakon bersara, yg kayu gigih nak berlakon.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2017 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Bakalan menteri ni ..
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2017 08:26 AM | Show all posts
Takziah zira.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2017 08:29 AM | Show all posts
dia pernah berlakon drama apa?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:06 PM GMT+8 , Processed in 0.314680 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list