Tiada apa yang lebih menggembirakan hati seorang ibu kalau bukan kejayaan yang dikecapi anak-anaknya. Itulah yang dirasai pelakon Noniswara selepas anaknya, Nur Erysha berjaya mendapat keputusan 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini.
“Sama seperti ibu bapa yang lain, setiap kejayaan yang dicapai anak sudah pastinya membuatkan ibu bapa rasa gembira, sebak, terharu dan bangga. Perasaan tersebut memang tidak boleh saya elak bila dapat tahu dia dapat keputusan tersebut, " kataya pada Media Hiburan. Ditanya apakah kunci kejayaan anaknya itu dalam pengajian, Noniswara mengakui dia menerapkan elemen disiplin ala tentera di dalam mendidik anak-anak.
“Saya merupakan anak tentera. Jadi, sudah tentunya, soal disiplin itu amat dititik beratkan di dalam keluarga dan begitu juga halnya dalam soal mendidik anak-anak. “Didikan yang baik itu bermula dari rumah dan harapan saya agar Nur Erysha dapat meneruskan kejayaannya itu pada masa depan,” katanya lagi. Erysha katanya bercita-cita untuk menjadi akauntan. Tahniah lagi sekali diucapkan. Semoga adik Erysha terus mencipta kejayaan di masa hadapan. -CARI
|
19
Bagus |
12
Marah |
19
Terkejut |
25
Sedih |
17
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
juliez replied at 16-3-2017 07:03 PM
Cantik.. boleh jadi model hijabista
minahsleepy replied at 16-3-2017 07:10 PM
Mata i nengok ank dia mcm elfira loy skit
Tahniah ler dik
CiliPadiSedap replied at 16-3-2017 07:35 PM
hadiah kereta untuk anak ni akan jadi trend.. anak akak dpt straight A upsr, akak bagi katil baru, ...
juliez replied at 16-3-2017 07:03 PM
Cantik.. boleh jadi model hijabista
ADVERTISEMENT