Keadaan cemas apabila seorang wanita mendapati keretanya tiba-tiba tenggelam dalam banjir kilat yang melanda tepi lebuh raya Sprint, kelmarin. Malay Mail online bagaimanapun melaporkan Siti Hajar Ibrahim, 30, yang juga merupakan pakar teknologi makmal bernasib baik kerana berjaya keluar dari keretanya yang terperangkap dalam air di hadapan kelab golf Bukit Kiara.
Wanita itu memutuskan untuk menggunakan laluan di bawah lebuh raya itu kerana menyangka paras air masih rendah dan selamat untuk dilalui keretanya. “Enjin kereta saya tiba-tiba mati dan ketika saya mahu menghubungi ejen insurans, air mulai masuk,” katanya kepada Malay Mail.
Menurut Siti Hajar, sukar untuk dia membuka pintu keretanya dek kerana tekanan air yang semakin tinggi, namun berjaya selepas beberapa kali berusaha. “Saya sempat mencapai telefon saya dan sebaik sahaja keluar kereta, air sudah mencecah paras pinggang,” katanya. “Saya keluar dari kereta dan berteduh di bawah lebuh raya berkenaan pada jam 5.51 petang dan pada jam 6.06 petang, ia sudah tenggelam," katanya. Laluan terbabit merupakan laluan harian Siti Hajar untuk pulang ke rumahnya di Ukay Perdana, Hulu Kelang dari tempat kerjanya di Jalan Persiaran Barat. Kira-kira jam 7.30 malam apabila hujan sudah reda, Siti Hajar mendapati keretanya sudah hanyut beberapa meter dan rosak teruk akibat banjir kilat itu. - CARI
|
2
Bagus |
4
Marah |
5
Terkejut |
17
Sedih |
8
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
rosasa replied at 16-3-2017 09:57 AM
saja nak tanya, kenapa dia call insurans agent dulu?
Modngengade replied at 16-3-2017 01:36 PM
smart tunnel tak berfungsi ker sis? atau rainfall intensity haritu very unusual?
ADVERTISEMENT