CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Mengagumkan, Industri Replika Makanan Di Jepun Ibarat Juadah Sebenar Yang Menggiurkan

16-3-2017 12:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14825| Komen: 37|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: Perasan atau tidak, kita pasti akan teruja melihat replika makanan yang dipamerkan di depan restoran.
Perasan atau tidak, kita pasti akan teruja melihat replika makanan yang dipamerkan di depan restoran.

Disebabkan rupanya yang nampak benar-benar asli,  nafsu makan terus meningkat dan rasa berselera untuk mencuba makan tersebut.


Malah menurut laporan dari Japan Times, perkara ini sudah menjadi kebiasaan di Jepun. Pelanggan di sana cukup terpikat memesan menu berdasarkan replika makanan yang ditayangkan.

Foto: www.japantimes.co.jp
Namun tahukah anda, pembuatan replika makanan ini bukanlah semudah yang disangka?

Salah seorang pengusaha dalam pembuatan ini adalah Noriyuki Mishima,79 dari Jepun.


Noriyuki Mishima,Foto: www.japantimes.co.jp
Sudah enam dekad menjadi artis replika makanan, dia mengakui ada kalanya agak sukar untuk mendapatkan warna yang betul-betul sama dengan bahan yang asli.

Paling sukar adalah untuk menghasilkan ilusi segar pada replika daging dan sushi.

Foto: www.japantimes.co.jp
Pembuatan replika makanan sebenarnya langsung tidak menggunakan mesin atau peralatan canggih.

Sebaliknya hanya menggunakan alat mudah memotong, berus cat, berus udara dan ketuhar pengering, dan kepakaran artis sendiri.

Jangan tidak percaya, harga untuk semangkuk replika makanan boleh mencecah hingga 6,000 yen (RM232.54) untuk satu menu.

Hasilnya? Memang luar biasa, lihat sahaja gambar-gambar di bawah.

Foto: www.japantimes.co.jp
Bagaimana, hanya dengan melihat gambar, pasti semua sudah lapar kan? -CARI
15

Bagus
8

Marah
11

Terkejut
10

Sedih
13

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (78 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 16-3-2017 12:30 PM
Kalau ke Jepun suka je tengok food display mereka ni memang nampak macam sebenar dan menarik perhatian
Quote makneng 16-3-2017 12:45 PM
Mmg mengundang replika ni tgk terus rasa lapor
Quote RatuDunia94 16-3-2017 02:44 PM
Ingatkan replika utk berselfie..
Quote DeeHanania 16-3-2017 03:25 PM
Menarik perhatian sungguh,ttiba lapau lak perut
Quote insulin 16-3-2017 03:52 PM
Ini salah satu hobi Adik @FanTasyCreaTioN kan?
Quote ctsueraya 16-3-2017 04:00 PM
So tempting
Quote FanTasyCreaTioN 16-3-2017 04:03 PM
insulin replied at 16-3-2017 03:52 PM
Ini salah satu hobi Adik @FanTasyCreaTioN kan?
yerp!!~ yerp!!~ yerp!!~ sangat sangat minat

cuma tak ada bahan untuk mecuba

selalu nengok kat youtube .. salah satu contoh

[youtube]PPQrNkOgttQ[/youtube]

really Thanks abang .. tau ja minat adik dia ni
Quote WhiskeyScotch 16-3-2017 04:32 PM
So attractive!!!! I likeeee.
Quote insulin 16-3-2017 04:51 PM
FanTasyCreaTioN replied at 16-3-2017 04:03 PM
yerp!!~ yerp!!~ yerp!!~ sangat sangat minat

cuma tak ada bahan untuk mecuba

Hmm, ye ke dik FC? Bahan untuk buat replika makanan Jepun ini x sama dengan bahan yang adik guna untuk portfolio adik sebelum ni.

Macam mana la saya nak lupakan hobi adik FC ni? Adik FC kan ada tunjuk portfolio adik FC yang comel2 sebelum ni.
Quote FanTasyCreaTioN 16-3-2017 05:21 PM
insulin replied at 16-3-2017 04:51 PM
Hmm, ye ke dik FC? Bahan untuk buat replika makanan Jepun ini x sama dengan bahan yang adik guna u ...
Seni kraf ni banyak cabang abang ..
yang adik explore .. cara termurah yang adik boleh cari untuk belajar sendiri. Air Dry Clay. Adik boleh buat sendiri bahan dan belajar dari error and mistakes tanpa perlu rasa rugi kalau tak menjadi atau terbuang sebab kos untuk adik buat sangat murah. Adik jual mahal sebab .. hand made ..
adik jual kreativiti adik sebab pernah ada yang pertikaikan bila tahu modal adik sangat lah sedikit

Clay yang agak mahal : Polymer Clay , Fimo dan banyak lagi saingan lain nya.

Terbaru adik tengah explore clay + resin
Contoh antara hasil karya terbaru : size 50sen lama
Aqua55.jpg

ni antara replika makanan adik pernah buat menggunakan Air Dry Clay
oreo.jpg
oreo2.jpg

TM.jpg

Untuk replika makanan Jepun ni memang lama dah adik ikut ..
dier rang guna lilin ..
one day adik akan explore
dan lagi satu adik minat
... siyes sangat kagum
https://www.pinterest.com/pin/395542779758914436/



Quote cik-jaja 16-3-2017 05:36 PM
dapnyee,,lapo nih
Quote siskepoh 16-3-2017 06:40 PM
wah3 kreatip bebenor ko org jepon ya
Quote hdon 16-3-2017 11:39 PM
Kalau sume kedai makanan buat camni kan lebih cepat n mudah utk kita memilih makanan
Quote IxoraP 17-3-2017 12:11 PM
adusss.. lapar tgk.. mcm makanan betul2
Quote stayathomemom 17-3-2017 01:03 PM
Tingin laa belajor food replica ni
Quote MUMMY1788 17-3-2017 02:08 PM
tengok replica pun dh melting
Quote insulin 17-3-2017 02:55 PM
FanTasyCreaTioN replied at 16-3-2017 05:21 PM
Seni kraf ni banyak cabang abang ..
yang adik explore .. cara termurah yang adik boleh cari untuk  ...

Cantik-cantik belaka portfolio adik FC ni. Kagum dengan hasil tangan adik.



Quote delisha09 17-3-2017 05:35 PM
kreatif betul la dgn org jepun...mknan  pn nk berseni jugak..
Quote FanTasyCreaTioN 18-3-2017 06:14 AM
insulin replied at 17-3-2017 02:55 PM
Cantik-cantik belaka portfolio adik FC ni. Kagum dengan hasil tangan adik. :loveliness ...
Terimakasih

Jom!~ layan lagi




Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 02:03 PM GMT+8 , Processed in 0.100818 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top