Lagi kes dera, kanak-kanak perempuan berusia dua tahun lima bulan meninggal dunia dipercayai didera di rumah pengasuh di sebuah apartmen di Petaling Jaya, Selasa.
Memetik Sinar Online, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata ibu mangsa menghantar anaknya ke rumah pengasuh pada jam 1 petang sebelum menerima pesanan menerusi aplikasi WhatsApp pada jam 2 petang menyatakan kanak-kanak terbabit dalam keadaan tidak sihat dan muntah-muntah. "Ibu mangsa yang bekerja sebagai juruwang kemudian datang ke rumah pengasuh terbabit kira-kira jam 4 petang dan dapati anaknya itu tidak sedarkan diri. "Mangsa terus dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 5.40 petang," katanya kepada Sinar Harian.
Hasil siasatan awal menemui kesan lebam pada badan mangsa selain cedera di bahagian kemaluan seperti kesan terkoyak. Berikutan siasatan polis, dua lelaki dan seorang wanita ditahan malam kelmarin bagi membantu siasatan dan perkembangan akan dimaklumkan. "Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya. - CARI
|
26
Bagus |
41
Marah |
27
Terkejut |
18
Sedih |
25
Lawak |
30
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
idakamaruddin replied at 15-3-2017 03:44 PM
uolsss nape ada berita kejam mcmni
kene rogol ke adik ni
hunny_bunny replied at 15-3-2017 03:45 PM
kalo x boipren mak nya laki si baby sitter punya keje..
pe perasaan bt penderaan sek ...
hunny_bunny replied at 15-3-2017 03:46 PM
pes taim bukak thread kt sini..
iols sgt sensitip berita mcmni...
Deidra replied at 15-3-2017 03:53 PM
Terus sebu perut baca berita-berita mencekik perasaan sebegini. Zalimnya laa kau wahai makhlok!
prettyuglybabe replied at 15-3-2017 03:54 PM
sebab mak nya ber bf, so aku reserve dulu komen..
sebu replied at 15-3-2017 03:55 PM
Tunggu berite lengkap baru aku rase nk memaki . Mcm maknye ade bf
Deidra replied at 15-3-2017 03:57 PM
Ok sis..saya wakilkan sis untuk memaki on behalf. Tak leh nak lafaz,ketaq tangan-tangan.
Eh tak ...
sebu replied at 15-3-2017 03:59 PM
Kalau bangse Melayu lagi aku rase sakit hati
ADVERTISEMENT