Bangladesh, satu nama yang sudah tidak asing lagi buat rakyat Malaysia. Namun disebalik kebanjiran warga Bangladesh di negara kita, berapa ramai pula rakyat Malaysia yang pernah berkunjung ke negara mereka? Pasti ramai yang masih belum tahu tentang tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di Bangladesh. Sebenarnya banyak tempat popular yang ada di Bangladesh untuk dijadikan sebagai destinasi percutian. Jadi bagi yang sedang mencari informasi mengenai tempat popular di Bangladesh, nah penulis kongsikan buat anda 5 tempat menarik yang wajib anda lawati jika berkunjung ke Bangladesh. 1. Gulshan Lake Park Jika anda penggemar tempat yang sejuk dengan pemandangan hijau serta danau di tengah-tengah taman, maka Gulshan Lake Park merupakan tempat yang sangat sesuai untuk anda kunjungi. 2. Ahzan Manzil Ahzan Manzil merupakan antara salah satu tempat bersejarah yang indah dan unik. Dengan rekabentuk senibina yang menarik serta lokasinya yang terletak di Dhaka menjadikan tempat ini sangat mudah untuk dikunjungi pelancong. 3. Jatiyo Srithi Saudo Tempat ini dikenali sebagai tempat pahlawan bersemayam dan memiliki nilai sejarah yang tinggi. Selain itu, senibinanya yang menarik juga menjadikan Jatiyo Srithi Saudo sebagai tempat tumpuan utama pelancong dari dalam dan luar negara. 4. National Parliament House Rasanya tidak akan lengkap jika berkunjung ke Bangladesh tetapi belum mengunjungi National Parliament House. Dengan sentuhan senibina moden dan unik menjadikan tempat ini salah satu destinasi pelancongan paling popular di Dhaka, Bangladesh. 5. Cox Bazar Beach Seperti negara-negara lain, pantai juga menjadi daya tarikan utama buat pelancong di Bangladesh. Pantai paling popular di Bangladesh adalah Cox Bazar Beach. Pantai ini memiliki keindahan tersendiri dengan pemandangan laut yang sungguh menawan dan sentiasa dipenuhi pengunjung. Diharapkan senarai tempat-tempat menarik yang ada di Bangladesh ini dapat membantu anda untuk merancang percutian seterusnya. - CARI |
28
Bagus |
27
Marah |
27
Terkejut |
38
Sedih |
20
Lawak |
22
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT