Masalah kebersihan tandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) bukan sahaja sering dikecam orang ramai, malah kini Timbalan Menteri Pengangkutan turut meluahkan rasa tidak puas hatinya.
Memetik lalporan Berita Harian, baru-baru ini, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi membuat tinjauan di klia2 dan mendapati tahap kebersihan tandas di lapangan terbang berkenaan yang sekian lama ini bermasalah masih belum memuaskan lagi. Susulan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegur masalah kebersihan itu secara terbuka di akaun media sosialnya bulan lalu, Khamis lalu Datuk Ab Aziz Kaprawi bertindak mengadakan pemeriksaan mengejut ke atas 38 buah tandas di lapangan terbang berkenaan dari jam 9 malam sehingga 12 tengah malam. Selain tahap kebersihan sememangnya teruk, malah pekerja pembersihan kurang berdisiplin dan terlalu asyik dengan telefon bimbit mereka sehingga kerja pembersihan tidak dijalankan mengikut jadual.
“Bekas cecair pembersih pada mangkuk kencing lelaki juga kebanyakannya tidak diisi dan dibiar kosong, menyebabkan bau hancing dan hamis tidak hilang malah jika ada yang diisi pun cecairnya sudah dilarut dengan air yang banyak." Beliau turut menegur pihak kontraktor yang sedia ada tidak menjalankan tugas dengan sewajarnya, dan laporan hasil pemeriksaan di KLIA2 akan diserahkan kepada Perdana Menteri untuk tindakan lanjut. Pada masa yang sama, beliau berharap Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) dapat mengambil tindakan yang sepatutnya ke atas kontraktor yang terbabit.- CARI |
3
Bagus |
10
Marah |
11
Terkejut |
12
Sedih |
16
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
all-dajal replied at 12-3-2017 05:07 PM
pengguna toilet nie spesis berak merata cam kat tanah besar china?
white_musk replied at 12-3-2017 09:09 AM
Acom pernah g toilet di ereb x? Bersih giler..
ADVERTISEMENT