Pakar perubatan di India hari ini mengesahkan, wanita warga Mesir yang dipercayai individu paling gemuk di dunia berjaya menjalani pembedahan menurunkan berat badan dan kini hilang lebih 100 kilogram.
Memetik laporan BBC, Eman Ahmed Abd El Aty, yang berat badannya mencecah 500 kilogram sebelum ini, tidak pernah meninggalkan rumahnya di Mesir selama lebih dua dekad sehingga beliau tiba di bandar ini bulan lalu untuk menjalani pembedahan bariatrik. Jurucakap Dr Muffazal Lakdawala yang mengetuai rawatan ke atas Eman Ahmed berkata, berat wanita Mesir berusia 37 tahun itu kini kurang 400kg berbanding ketika tiba di bandar itu pada awal Februari lalu. "Eman kehilangan lebih 100kg berat dan akan kehilangan berat badan secara beransur-ansur setiap hari menerusi semua rawatan dan sokongan." Warga Mesir itu dipercayai masih menjadi wanita paling berat di dunia, mengatasi warga Amerika Syarikat Pauline Potter, yang mempunyai berat mencecah 293kg, seperti dicatat dalam Guinness Book of World Records Julai lalu.- CARI
|
13
Bagus |
12
Marah |
4
Terkejut |
13
Sedih |
12
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
adaakukesah replied at 10-3-2017 12:08 PM
Sebelum dan selepas. Tak nampak beza pon
harrypoter replied at 10-3-2017 12:25 PM
ada...
selepas nampak itam sket
Deidra replied at 10-3-2017 12:16 PM
500kg..mummi oii..dia makan apa?
pittjie replied at 10-3-2017 01:13 PM
org kata .. org arab kalau makan kambing seekor .. kongsi 3-4 je org pun habis. aku rasa dia ni yg ...
ADVERTISEMENT