CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Gemuk Jejas Kenaikan Pangkat

12-6-2014 03:45 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 19553| Komen: 36

Description: Dalam Perkembangan Berkaitan, Mohamad Fuzi Juga Memberitahu, Masalah Kegemukan Dalam 124,000 Perjawatan Pdrm Tidak Serius Namun Pihaknya Sentiasa Mengambil Peranan Untuk Mengelakkan Perkara Itu Terbia ...
Polis gemuk jejas kenaikan pangkat

KUALA LUMPUR 11 Jun - Pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mempunyai masalah obesiti melampau akan diberi peringatan tegas dan peluang kenaikan pangkat mereka juga boleh terjejas.


Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun (gambar) berkata, pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan pegawai atau anggota yang mengalami obesiti keterlaluan kerana boleh mengganggu tugasan serta mengakibatkan masalah kesihatan.
"PDRM kini mengamalkan dasar mewajibkan semua anggota dan pegawai polis berada dalam keadaan sihat dan perkara itu termasuklah membendung masalah kegemukan yang sering dipersoalkan masyarakat terhadap polis.

"Sudah tentu kami tidak menerima mereka yang mempunyai masalah obesiti yang keterlaluan. Masyarakat juga akan memandang sinis terhadap polis yang buncit ketika memakai pakaian seragam," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas ruangan Bisik-bisik Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia Ahad lalu yang mengutarakan masalah obesiti dalam kalangan anggota tentera dan polis.
Kata Awang Selamat, tidak segak kalau mereka berpakaian seragam tetapi berperut boroi dan masalah itu juga berlaku dalam kalangan bos-bos polis dan tentera.
Itu susulan terdapat perdebatan di Britain tentang masalah obesiti di kalangan tentera dan polis. Kerajaan Britain nampaknya bimbang dengan masalah tersebut yang dikhuatiri menjejaskan aspek kesiapsiagaan.

Ia tercermin dengan tindakan drastik Kementerian Pertahanannya yang memecat sekurang-kurangnya 50 tentera gemuk antara 2002 hingga Mac tahun ini, selain ada yang diminta bersara.
Masalah sama juga dihadapi oleh tentera Amerika Syarikat yang separuh daripada tentera negara itu mempunyai berat badan berlebihan dan 19 peratus lagi dikategorikan gemuk.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohamad Fuzi juga memberitahu, masalah kegemukan dalam 124,000 perjawatan PDRM tidak serius namun pihaknya sentiasa mengambil peranan untuk mengelakkan perkara itu terbiar dan menjadi parah pada kemudian hari.
"Saya tidak mempunyai data tentang masalah obesiti dalam kalangan polis tetapi saya yakin jumlah mereka tidak banyak kerana kami sentiasa memainkan peranan dan tidak bertolak ansur tentang isu ini," katanya.

Tambahnya, PDRM juga tidak menyasarkan perhatian kepada anggota polis sahaja sebaliknya terhadap pegawai-pegawai yang berjawatan tinggi juga.
"Bukan anggota bawahan sahaja tetapi pegawai atasan juga diwajibkan untuk mengambil berat tentang isu berat badan ini. Macam mana mereka mahu memimpin pasukan jika tidak cergas seperti anak buah mereka," katanya.
Mohamad Fuzi juga mencadangkan agar setiap anggota dan pegawai polis mencuri sedikit masa untuk melakukan aktiviti sukan bagi mengelakkan berlakunya sebarang masalah kesihatan.

"Sememangnya kerja sebagai polis tidak mempunyai masa yang banyak namun aktiviti sukan serta amalan kesihatan lain amat digalakkan. Ambil contoh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang sentiasa berpuasa setiap Isnin dan Khamis setiap minggu bagi menjaga tahap kesihatan dan amalannya," kata beliau.






Sekadar gambar hiasan.




Sekadar gambar hiasan.



19

Bagus
4

Marah
4

Terkejut
12

Sedih
3

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (46 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wirazam 12-6-2014 08:05 AM
setuju...para pak polisi sila jaga BMI masing2..
Quote wirazam 12-6-2014 08:05 AM
jgn lupa askar/bomba dan penjawat awam yg lain
Quote tapibukanaku 12-6-2014 08:05 AM

Quote tapibukanaku 12-6-2014 08:06 AM
Kem Kuruskan Badan untuk Polis Filipina yang gemuk




Quote kodokke 12-6-2014 08:07 AM
Gemuk mcm mane tu. Sian org gemuk nanti takde company nak ambik mereka kerja.
Quote kodokke 12-6-2014 08:07 AM
Gemuk mcm mane tu. Sian org gemuk nanti takde company nak ambik mereka kerja.
Quote AMDTurion 12-6-2014 08:08 AM
memang patut pun. pakcik polis trafik tu pakai slipar jer. mesti gaout tu.

alah tu baru peringkat pegawai bawahan. cer check pegawai kanan dan atasan. boleh tahan jugak borrrr oii dia..keh keh!
Quote Santeira 12-6-2014 08:08 AM
Bagus ni. Malu woo, pernah sekali aku letak gambar polis trafik uruskan mayat sorang indon peragut bermotor dikejar mangsa guna kereta, indon tu eksiden pastu mati dalam longkang. Ummah international komen pasal perut polis trafik. Sedihhhh.
Quote tapibukanaku 12-6-2014 08:09 AM
cam ni baru ok


Quote vespa_oren 12-6-2014 08:09 AM
Patut peraturan nie untuk cikgu2 sekolah gak... Lagi2 yg blm kawen tpi bdn dh mcm ada anak
Quote kodokke 12-6-2014 08:10 AM
Cam nie hemsem bang KJ
Quote tapibukanaku 12-6-2014 08:10 AM
AMDTurion posted on 12-6-2014 08:08 AM
memang patut pun. pakcik polis trafik tu pakai slipar jer. mesti gaout tu.

alah tu baru peringka ...

betul tu

Tambahnya, PDRM juga tidak menyasarkan perhatian kepada anggota polis sahaja sebaliknya terhadap pegawai-pegawai yang berjawatan tinggi juga.
"Bukan anggota bawahan sahaja tetapi pegawai atasan juga diwajibkan untuk mengambil berat tentang isu berat badan ini. Macam mana mereka mahu memimpin pasukan jika tidak cergas seperti anak buah mereka," katanya.

Quote tapibukanaku 12-6-2014 08:11 AM

Quote tapibukanaku 12-6-2014 08:12 AM
polis2 turki



@kueh_kueh @berusjamban
Quote kodokke 12-6-2014 08:12 AM
Klu pompuan lepas bersalin badan naik susah nak turun. Klu kerajaan bagi depa subsidi utk gi gym mcm Fitness first tu ok jugak. Nak kurus bukan senang lagi lagi pompuan
Quote AMDTurion 12-6-2014 08:13 AM
tapibukanaku posted on 12-6-2014 08:10 AM
betul tu

Tambahnya, PDRM juga tidak menyasarkan perhatian kepada anggota polis sahaja sebalikny ...

yup....kepimpinan melalui tauladan.....


Quote tapibukanaku 12-6-2014 08:13 AM
camni baru ok..


Quote tapibukanaku 12-6-2014 08:14 AM
ni pun ok.


Quote tapibukanaku 12-6-2014 08:15 AM
kodokke posted on 12-6-2014 08:12 AM
Klu pompuan lepas bersalin badan naik susah nak turun. Klu kerajaan bagi depa subsidi utk gi gym mcm ...

pakcik aku...sihattttttttttttt walafiat sgt, dia polis gak. dia kata dulu masa muda2 dia paling cergas kejar penjenayah kojo sonang. la ni balik kenduri nak duduk bersila pun susah.

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:43 PM GMT+8 , Processed in 0.063629 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top