Suspek warga Korea Utara yang disyaki terlibat dalam kes bunuh Kim Jong-nam iaitu Ri Jong Chol telah dibebaskan dan diusir keluar dari Malaysia akibat kekurangan bahan bukti.
Sebaik saja tiba di Beijing Sabtu lalu, Ri Jong Chol menegaskan dirinya difitnah dan mendakwa kerajaan kita bertindak tidak adil terhadapnya termasuk pihak berkuasa negara kita menggunakan nyawa isteri dan anaknya sebagai ugutan untuk memaksanya menanda tangani dokumen mengaku bersalah yang palsu. Bagaimanapun, menurut Ri Jong Chol bahawa dia bertegas enggan berbuat demikian. Namun, berdasarkan paparan video yang disiarkan oleh Astro Awani, sebelum diusir keluar, Ri Jong Chol kelihatan berbual dengan penuh keriangan bersama pegawai Korea Utara semasa di Jabatan Imigresen di Putrajaya. Dalam video itu, kelihatan kedua-dua tangan Ri Jong Chol digari dan dibawa masuk ke dalam sebuah bilik, pada masa itu, Ri Jong Chol dilihat bersembang dengan Kedutaan Konsular, Kim Song dan seorang pegawai Korea Utara yang tidak dikenali identitinya.
Menurut laporan akhbar China Press, isi kandungan perbualan ketika itu adalah seperti berikut. Berdasarkan penterjemahan, pada mulanya pegawai cakap dengannya, " Bertindak dengan bagus, banyak masalah anda alami, kami sangat bimbang terhadap anda, mujur ahkirnya anda berada di sini. " Kemudian dijawab oleh Ri Jong Chol, " Terima Kasih, tidak ada masalah buat diri saya." Pegawai pun sambung berkata," Bagus, apa yang anda lakukan, terbaik. Ianya sesuatu yang bukan mudah." Selepas dibawa ke Jabatan Imigresen oleh anggota Unit Tindakan Khas pada 9.30 pagi Jumaat, Ri Jong Chol ditempatkan di situ selama 6 jam, ketika itu, terdapat dua orang pegawai Korea Utara datang berjumpanya untuk membincangkan sesuatu perkara. - CARI |
15
Bagus |
11
Marah |
13
Terkejut |
16
Sedih |
20
Lawak |
24
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT