CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Kerajaan Malaysia Ugut & Paksa Saya Mengaku Bersalah"- Ri Jong-chol

4-3-2017 10:00 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6532| Komen: 33

Description: Apabila menjawab pertanyaan wartawan dari Phoenix Television, Ri Jong-chol menegaskan dirinya telah difitnah, sambil itu dia bukan sahaja mengatakan negara kita menahannya tanpa sebarang bukti, malah ...

Akibat kekurangan bahan bukti, warga Korea Utara yang disyaki terlibat dalam kes bunuh Kim Jong-nam iaitu Ri Jong-chol diusir keluar dari Malaysia kelmarin dengan menaiki penerbangan MAS berlepas ke Beijing dan kemudian transit penerbangannya untuk berlepas ke Korea Utara. 


Ri Jong-chol tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing pada jam sekitar 1 pagi, sebelum menaiki kereta yang telah disediakan oleh kedutaan Korea Utara, dia sempat memberi kenyataan kepada pemberita yang berada di lokasi. 

Apabila menjawab pertanyaan wartawan dari Phoenix Television, Ri Jong-chol menegaskan dirinya telah difitnah, sambil itu dia bukan sahaja mengatakan negara kita menahannya tanpa sebarang bukti, malah dia turut menuduh kerajaan kita membuat bukti yang palsu. 

Selain itu, menurut laporan portal sina.com, Ri Jong-chol juga mengadakan sidang media di depan pintu masuk bangunan kedutaan Korea Utara di China pada jam 3 pagi tadi. 

Dia mendakwa kerajaan Malaysia bertindak tidak adil ke atas dirinya, termasuk pernah diugut oleh pihak berkuasa negara kita berhubung keselamatan anak bininya bagi memaksa dia menandatangani dokumen mengaku bersalah yang palsu, namun dia enggan berbuat pengakuan palsu itu. 

Ri Jong-chol ditahan selepas hari keempat Kim Jong-nam dibunuh, tetapi disebabkan pihak polis negara kita kekurangan bahan bukti, dia dibebaskan pada 3hb Mac lalu, sambil diusir kelura dari negara kita pada hari yang sama, 

Difahamkan, Ri Jong-chol akan tiba di Korea Utara pada 4hb Mac dengan penerbangan transit dari Beijing. = CARI

sumber foto: New Tang Dynasty Television

22

Bagus
16

Marah
19

Terkejut
11

Sedih
17

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (99 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zach2008 4-3-2017 10:05 AM
Kadang2 padan muka jugak la dgn gomen malaysia.
Sekarang ambik la...
Salah seorang ahli umno pun boleh buat bisnes dgn mereka... JV lagik.
Siap kata tak tahu ada sekatan ke atas Korea Utara...
Quote tricomonas 4-3-2017 10:35 AM
Aiyo apeknga...sapa mau ngaku salah lo...:
Quote aleesyasofia 4-3-2017 11:10 AM
sahih ke nie? kalau sahih mmg akan memalukan negara..
kalau xsahih akan mencemarkan nama baik negara..
Quote edee_91 4-3-2017 11:17 AM
tapi harus diakui memang modus operandi pak2 polis ni caranya dengan menggunakan kekerasan memaksa orang kena tahan mengaku buat salah bukan?
Quote Decaffeinated 4-3-2017 11:26 AM
Kalau beliau kena psycho tu aku pcy ja...

Kecuali kalau cerita dipaksa melancap ka..... kena liwat ka.... yg tu kena hadam dulu la...

Quote bangcak 4-3-2017 11:28 AM
kesilapan jong-chol semata2 sbb dia tak mengisi borang keahlian bn-umngok.
nah! skang rasakan. didesak ngaku salah dan diusir.

patutnya dia belajar dgn namawee.
lepas kene maki hamun, ujung2 dia dijulang sbg wira negara
semata2 sbb dia ahli bn.

tgk geng hindraf. da jadi menteri pon.
Quote white_musk 4-3-2017 11:34 AM
edee_91 replied at 4-3-2017 11:17 AM
tapi harus diakui memang modus operandi pak2 polis ni caranya dengan menggunakan kekerasan memaksa o ...

Pasal ITU wajib buat hudud. Musti  ada 4 org saksi. Bukan semata mata rakaman CCTV.  Polis juga harus ada akademik Dari sekolah pondok yg menghafal all qoran. Sebab polis kita ramai yg kurap raswah sini sana. Jikalau polis diambil Dari kalangan pelajar pondok, Tiadalah polis kurap.

Tu yg akak heran. Tiada 4 Saksi yg melihat penglibatan Kim chol INI DLM membunuh jong nam. Tetapi memaksanya mengaku bersalah. INI bukan ajaran islam .
Quote lavilavi 4-3-2017 11:36 AM
Stendet lah Mesia... Org tua pun kena tuduh liwat...
Quote edee_91 4-3-2017 11:38 AM
white_musk replied at 4-3-2017 11:34 AM
Pasal ITU wajib buat hudud. Musti  ada 4 org saksi. Bukan semata mata rakaman CCTV.  Polis juga ha ...

sempat lagi kau perli islam.
marilah kita bersama mengimarahkan dan menjunjung ajaran yang sebeneerrrr.......
Quote shamsadis 4-3-2017 11:54 AM
Apa2 je setiap statement dari orang NK janganlah percaya
Quote LaksamanaBentan 4-3-2017 12:19 PM
Standard prosedur polis menyiasat kat Malaysia camtu kot. Bagi saiko OKT/suspek. Ko balik NK habisla ko kene bantai ngan Jong Un
Quote dcruins 4-3-2017 12:23 PM
apa yg dia expect??? 5 star hotel ke....standard laaa tuuu, kes high profile pulak tuuu.
Quote hanakikan 4-3-2017 12:29 PM
bukan normal ke benda2 mcm ni. ni kalau tgk citer hollywood lah si lawyer suruh mengaku bersalah. dapat ringankan hukuman sebab jimat kan masa mahkamah. kiranya win-win lah
Quote dodolgemok 4-3-2017 12:56 PM
Dah kena halau balik tu kemungkinan besar dia dah kena ratah oleh babi lapar 4hari xmakan. Cash la buat dia!
Quote sebu 4-3-2017 12:58 PM
Mcm.x biase rakyat kite pun kene ugut juge
Quote ohnoLia 4-3-2017 01:13 PM
zach2008 replied at 4-3-2017 10:05 AM
Kadang2 padan muka jugak la dgn gomen malaysia.
Sekarang ambik la...
Salah seorang ahli umno pun b ...

Takpelah. Sekadar korea utara... tak mendatang decit kpd negara... say bye bye jha..


Baik malaysia fokus kpd rakan2 ekonomi mcm china.jepun.us.arab etc tu...

Quote kelana36 4-3-2017 01:18 PM
kominis sampai mati kena seksa pun tak akan lecah rahsia...
taktik untuk malaysian menjadi la, sd pun boleh tukar tukar..
Quote zehra2 4-3-2017 01:22 PM
Dah sampai korea utara.. kna tembak baru tau
Quote akusukaq 4-3-2017 01:22 PM
tricomonas replied at 4-3-2017 10:35 AM
Aiyo apeknga...sapa mau ngaku salah lo...:

hanya bloody fools mcm rakyat korea saje yg mudah ditipu oleh rejim dictator tu.
terpaksa lah keluarkan kenyataan shok sendri utk selamatkan badan dr berkecai kena tembak

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 01:46 AM GMT+8 , Processed in 0.059707 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top