Risau diet anda 'hancur' dengan pengambilan makanan ringan? Kini anda tak perlu lagi risau kerana dengan hanya memakan ikan berminyak mampu memulihkan kerosakan tubuh yang diakibatkan pengambilan makanan ringan.
Umum tahu mengambil makanan ringan berlebihan boleh mengakibatkan kegemukan, sekali gus menyebabkan tubuh tidak dapat menghasilkan antibodi pada tahap maksimal. Akibatnya, tubuh lebih dijangkiti bakteria, virus dan penyakit lain. Namun, keadaan ini boleh diubah jika anda kerap makan ikan salmon dan ikan 'Pilchard'. Penyelidik dari Researchers from Liverpool John Moores University, Dr Fatima Perez de Heredia menyarankan untuk mengamalkan pemakanan Mediterranean iaitu hidangan berasaskan dua jenis ikan di mana salah satu daripadanya adalah ikan berminyak, sekali seminggu. Sementara itu, Fatima menerangkan pengambilan diet Mediterranean tersebut mungkin tidak memberi sebarang kesan kepada mereka yang obes. Sebelum itu, sebuah kajian dilakukan mendapati pengambilan ikan berminyak sekali seminggu dapat meningkatkan peluang pesakit kanser untuk terus hidup. Minyak ikan yang terdapat pada ikan sardin, salmon, dan trout dapat membendung pertumbuhan tumor. Apa yang penting, makanan ringan sememangnya tidak baik untuk kesihatan tubuh kita. Senang cerita, berpada-padalah ketika makan kerana semua makanan yang diambil secara berlebihan selalunya ada kesan buruknya. Jika mahu kepastian, dapatkan nasihat daripada doktor anda. - CARI
|
14
Bagus |
16
Marah |
16
Terkejut |
23
Sedih |
17
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT