CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

[Kemaskini] 8 Maut, 8 Cedera Dirempuh Kereta Ketika Menunggang Basikal

18-2-2017 10:07 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 29115| Komen: 2167

KEMASKINI 1.45 PM

Susulan kes lapan maut dirempuh kereta ketika berbasikal pada awal pagi tadi, Aspaliah Kasrin, kakak kepada Haizad, 16, berkata ibunya sudah berkali-kali melarang adiknya daripada bermain basikal pada waktu malam.


"Ibu sudah banyak kali larang adik keluar bermain basikal pada waktu malam, tetapi dia tetap degil dan keluar tanpa pengetahuan ibu, " katanya kepada BH Online.

Sementara itu, Shabariah Yusoff, 49, ibu kepada Mohd Firdauz Danish, 16, berkata tingkah laku anaknya berubah selepas anaknya itu pulang dari menunaikan solat Jumaat beberapa jam sebelum kembali keluar bersama rakannya untuk bermain basikal. 

"Dia menjadi pendiam dan tidak bercakap langsung sebelum itu dan pergi tanpa pengetahuan saya. Itulah membuatkan saya begitu terkilan, " katanya.

Berikut adalah senarai remaja yan terbunuh dalam kejadian berkenaan.


1. Muhammad Firdauz Danish M Azahar - 16 tahun 
2. Mohammad Azrie Danish Zulkefli - 14 tahun 
3. Haizad Kasrin - 16 tahun 
4. Muhammad Shahrul Nizam Maruddin -14 tahun 
5. Fauzan Halmijah -13 tahun 
6. Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimee -14 tahun 
7. Mohamad Azhar Amir - 16 tahun 
8. Muhammad Harith Iskandar Abdullah - 14 tahun - CARI

__________________________________________________________________________________________

KEMASKINI 12.05 PM

Polis sahkan lapan remaja maut manakala lapan lagi cedera selepas dirempuh sebuah kereta ketika menunggang basikal secara berkumpulan. BH Online melaporkan mangsa merupakan pelajar sekolah berusia antara 13 hingga 17 tahun. 

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh, kereta Nissan Almeera dipandu seorang wanita berusia 22 tahun merempuh kumpulan remaja terbabit.

"Dalam kejadian jam tiga pagi itu, terdapat kira-kira 40 remaja di lokasi kejadian bersama basikal masing-masing yang sudah diubah suai dan polis tidak tahu apa tujuan mereka berkumpul di situ. 

"Tiba-tiba datang sebuah kereta dan merempuh kumpulan remaja terbabit mengakibatkan lapan daripadanya terbunuh dan lapan lagi cedera," katanya.

Sulaiman berkata, wanita terbabit dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Skudai dari Taman Pelangi. Dia mendakwa keadaan jalan yang berbukit menyebabkannya tidak sedar akan kehadiran kumpulan remaja terbabit. 

"Pemandu terbabit sudah ditahan untuk disoal siasat. Polis akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung perkara ini," katanya. - CARI

________________________________________________________________________________________________________


Sungguh menyayat hati apabila sembilan remaja maut manakala empat lagi parah selepas sebuah kereta merempuh basikal ditunggang mereka di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru, kira-kira jam 3.30 pagi tadi.



Menurut BH Online, sekumpulan penunggang basikal terdiri daripada 16 remaja berusia antara lapan hingga 16 tahun berlumba dari simpang bersebelahan Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah ke Dataran Bandaraya sebelum tiba-tiba dirempuh sebuah kereta dari belakang.


Foto: BH Online

BH Online menyatakan, remaja terbabit yang biasanya berlumba pada jam 12 tengah malam bermula lewat malam tadi kerana jalan ditutup bagi sambutan perayaan Chingay.

Pihak polis enggan mengulas lanjut berhubung kejadian. - CARI
20

Bagus
9

Marah
18

Terkejut
18

Sedih
14

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (100 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelapaparut 18-2-2017 07:54 AM
Salam takziah..lenkali hati2 ye
Quote ronapink 18-2-2017 07:56 AM
lagi mangsa yang xbersalah meninggal dunia
Quote famri7 18-2-2017 07:58 AM
Burita xkomplete..tggu berita lanjutan sbelum cashkan atau takziah.
Quote AbukRokok 18-2-2017 08:05 AM
famri7 replied at 18-2-2017 07:58 AM
Burita xkomplete..tggu berita lanjutan sbelum cashkan atau takziah.

mesti tazabar nak cashkan budak2 yang suka merayap tgh tgh malam berbasikal di jalan raya kan

Quote AbukRokok 18-2-2017 08:08 AM
Assalammulaikum warga group,, pada sesiapa yg mempunyai anak yg kerap main basikal waktu malam,, dan masih belum ada khabar . Sila pergi di balai polis bedekatan atau ke Hospital Sultanah aminah johor bahru..



pukul 3 4  pagi main basikal....aku dulu main basikal sampai kol 10 mlm je
Quote atekome 18-2-2017 08:09 AM
Kalo bab budak2 bbasikal tgh mlm nie mmg aku pelik npe parents diowang blh tk kisah..kui 11 mlm bbasikal rmai2..mmg bahaya..
Quote wunan88 18-2-2017 08:13 AM
kasi tangkap aja lah pemandu tue..gila apa ko langgar 7 orang sekali sampai mati...lampu jalan semua ada..
Quote Pajeri_Nenas 18-2-2017 08:19 AM
bebudak Naik basikal ramai2 waktu MLM kongker jln uolls. ada yg verani mati main roller blade:
Quote MissNigga 18-2-2017 08:19 AM
Aruah bebudak nie suma .. Baik baik sumanya...
Quote bakawali_04 18-2-2017 08:22 AM
kalau diikutkan berita nie
budak2 tu kat bahu jalan
dan ayatnya merempuh
so mcm mana boleh sampai merempuh tu
melainkan ngantuk atau mabuk
but still mcm mana budak2 tu leh lepak smpai pagi
parents dorang mana??
yang ai dpt dari wassap
katanya konvoi tapi konvoi ape2 pagi buta..

Quote pearl.silver 18-2-2017 08:27 AM
Mesti bdk2 tu naik basikal sampai penuh jln. Basikal xde reflector segala.pakai lak tshirt hitam.

Takziah buat keluarga, dan pd yg melanggarnya
Quote AbukRokok 18-2-2017 08:31 AM
MissNigga replied at 18-2-2017 08:19 AM
Aruah bebudak nie suma .. Baik baik sumanya...

rajin mengaji... hormat org tua..sopan santun.... patuh cakap mak bapak..xkluar malam
Quote abangbeca 18-2-2017 08:33 AM
MissNigga replied at 18-2-2017 08:19 AM
Aruah bebudak nie suma .. Baik baik sumanya...

Dengar citer macam tu la... semua hormat org tua.... alfatihah...
Quote ronapink 18-2-2017 08:37 AM
kul 3,4 pagi, main kat luar..

mak pak sedar ke tak, anak2 xde kat rumah
Quote sebu 18-2-2017 08:37 AM
Cina ni mabuk juge ke:zz
Quote jazaa100 18-2-2017 08:40 AM
Mesti laju giler ni..

8org meninggal.....harap yg lain tu selamat la....

Quote sebu 18-2-2017 08:42 AM
jazaa100 replied at 18-2-2017 08:40 AM
Mesti laju giler ni..

8org meninggal.....harap yg lain tu selamat la....

Aku rase laju dan mabuk atau mengantuk mcm amoi mabuk langgar myvi tu :zz
Quote DeeHanania 18-2-2017 08:46 AM
Ahso tu mabuk ke?
Xkan laa x nmpk bbdk berbasikal,kat bahu jalan
Quote jazaa100 18-2-2017 08:47 AM
sebu replied at 18-2-2017 08:42 AM
Aku rase laju dan mabuk atau mengantuk mcm amoi mabuk langgar myvi tu :zz

Amoi bmw langgar myvi tu tak mabuk sebu.....

Dia tu escort girl kann....yg 4 lagi yg mabuk...tu sebab dia yg drive

Lihat semua komen(2167)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:57 PM GMT+8 , Processed in 0.145471 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top