CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Status Artis Senior Bukan Tiket Untuk Amy Mastura Menyombong

18-2-2017 10:58 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 14276| Komen: 82|Original author: Oleh: Maly Rosli

Description: "Saya tidak pernah bergaduh dengan artis dan kalau boleh saya cuba elakkan daripada terlibat dengan pergaduhan sejak daripada dulu lagi."
"Saya tidak pernah bergaduh dengan artis dan kalau boleh saya cuba elakkan daripada terlibat dengan pergaduhan sejak daripada dulu lagi."

Begitulah kata-kata pelakon dan penyanyi Amy Mastura, 45, yang mengamalkan prinsip mengelak daripada terbabit pergaduhan sesama artis.



Menurut Amy yang sudah 15 tahun berkecimpung dalam dunia seni, status sebagai artis senior tidak bermaksud dia boleh bersikap meninggi diri terutama terhadap 'orang baru' industri hiburan.

"Saya tidak meletakkan diri saya sebagai seorang senior di kalangan artis baharu, jika mereka tidak bersalam dengan saya di lokasi, saya akan bersalam dengan mereka dahulu," katanya kepada mStar Online.

Bagi mengelak suasana dan perhubungan tidak sihat dalam pekerjaan, Amy sentiasa mengamalkan sikap positif.

"Kalau kita tidak suka sesuatu keadaan kita tarik diri dan jangan panaskan perkara itu. Saya akui tidak boleh mengawal situasi seperti itu," katanya.


Foto: Amy Mastura

Sementara itu, Amy mendedahkan dia sering menyanyikan lagu secara 'miming' sekiranya dikehendaki penganjur.

"Ya saya ada menyanyi secara miming dalam majlis-majlis tertentu atas permintaan penganjur. Ada penganjur yang tidak mempunyai sistem bunyi yang cukup.

"Saya tidak kisah kalau menyanyi secara live atau miming, asalkan perkara itu tidak menjadi masalah kepada penganjur," ujarnya dalam program The Sarimah Show.

Wah, bagus betul Amy. Bukan mudah nak dengar artis mengakui sesuatu yang mungkin boleh mengundang kontroversi. Apapun, semoga Amy terus berjaya dalam apa jua bidang diceburi. - CARI

16

Bagus
16

Marah
20

Terkejut
19

Sedih
22

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (110 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Joannalee 18-2-2017 11:51 AM
ape gossip nye????
Quote kiah_mai_pulak 18-2-2017 11:54 AM
So????????
Quote nononcrux 18-2-2017 12:01 PM
bagus la kalau ade prinsip mcm tu, lgi pon emy ni maintain ape kurang gosip dia berbanding pelakon baru.
Quote danieladam 18-2-2017 12:25 PM
Iols respek kat amy mastura..jenis x byk kontreversi. Dan xde isu kekwat dgn retis baru.

Teringt zaman skolah rendh, mmg layan la lagu2 amy mastura nih.
Quote bambimo 18-2-2017 12:30 PM
gosipnya..sapa2 yg selalu ckp dia xsombong..x mendiva ni selalu bg hint akan masuk GV4

xcaya tnya mat arop
Quote sepitsiput 18-2-2017 12:35 PM
amy dari dulu miming...tp sheols kalau boleh live..sheols live... lgpun org nak tengok sheols atas stage jah..dia nyanyi hauk pun org layan jah.

skrg ni pelapis dia ayda jebat.


Quote danieladam 18-2-2017 12:36 PM
bambimo replied at 18-2-2017 12:30 PM
gosipnya..sapa2 yg selalu ckp dia xsombong..x mendiva ni selalu bg hint akan masuk GV4:lol ...

Amy mastura dh bg statement die x suka msuk bertanding apa2 pertandingan..dulu AJL pon mewakili komposer katanya.    
Quote tn9 18-2-2017 01:09 PM
amy mastura retis yg kurang kontreversi...lagu pun best..walupun miming
Quote makneng 18-2-2017 01:10 PM
Beria masuk asia bagus, tup2 dah ada album..miming jah.. Tp dia ni comel.  
Quote eely_shana 18-2-2017 01:11 PM
Dari zaman kanak2 lagi iols suka akk amy ni. Sentiasa nmpak happy, awet muda n kurang kontroversi. Masih relevan smpai skrg
Quote Hantu_kayu 18-2-2017 01:16 PM
Suka sgt kak amy dulu dulu. Lagu dia semua best. Datang siti nurhaliza, semua penyanyi jadi sendu
Quote c_apple 18-2-2017 01:24 PM
Bagus amy mastura
Tak mcm setengah retis senior expect junior datang sembah ratu dgn dia
Pastu bising konon junior berlakon tak setara mana, nyanyi tak setara mana
Lupa agaknya diri pun pnh jd junior and berlakon pun biasa2 je, nyanyi pun lagu biasa2 jeee
Quote fadz84 18-2-2017 01:30 PM
Reporter ni main tulis je ke apa yg Amy baru 15 thn dlm industri. Bkn sejak thn 1994 ke dia nyanyi. Ni dah 2017, so bkn 23 thn ke?
Quote cpixie 18-2-2017 01:55 PM
bagus dia ni tak banyak kontroversi, maintain awet muda
Quote febreze 18-2-2017 02:04 PM
kalu nama dah established, berdiri atas pentas je pon org dah suka...
Quote kuzaime 18-2-2017 02:07 PM
Humble aje dia ni..nyanyi best, berlakon pun x kayu..
Quote MissDoraisamy 18-2-2017 02:09 PM
Bagus kak amy..jgn ikut pangai acik nowa tau
Quote aleesyasofia 18-2-2017 03:20 PM
i like kak amy.. artis clean..xde kontroversi.. awet muda..
Quote danieladam 18-2-2017 03:39 PM
fadz84 replied at 18-2-2017 01:30 PM
Reporter ni main tulis je ke apa yg Amy baru 15 thn dlm industri. Bkn sejak thn 1994 ke dia nyanyi.  ...


Aah la..die muncul dulu dari tok ti..tok ti pon dh lebih 20 tahun, msti amy mastura lg lama kan. Kemunculan pertama sheols dlm AJL pon masa AJL 1995 masa lagu meniti hari. So msti sheols dh ujud sebelom tu lagi...

Dasar reputz x stadi wat artikel  :  :

Lihat semua komen(82)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 06:51 AM GMT+8 , Processed in 0.060571 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top