Bila media sosial digunakan sebagai medium berdakwah dan juga memberi nasihat, sudah tentu ia menjadi satu hal yang amat baik.
Seperti yang dilakukan oleh Persatuan Belia Islam Nasional, mengajak para remaja muslim untuk menjauhi perbuatan zina. Ini lebih-lebih lagi bila ia dikaitkan dengan Hari Kekasih atau Valentine yang sinonim dengan hari berkasih sayang buat pasangan kekasih sehingga sering dikatakan 'terlanjur' ketika hari berkenaan. Dengan tajuk "7 Cara Wanita untuk Berurusan dengan Orang Bukan Mahram pada hari Valentine" dakwah online ini turut disertakan visual agar lebih menarik perhatian. 1) Tidak Melunakkan Suara
2) Elakkan Penggunaan Emoticon 3) Menutup Aurat dengan Sempurna 4) Menjauhi bau bauan berlebihan 5)Tidak berdua-duan dengan lelaki bukan mahram 6) Pilih waktu yang sesuai untuk berurusan dengan lelaki bukan mahram seperti waktu siang dan bukan malam 7) Ringkaskan perbualan ketika bermesej private Itulah antara 7 perkara yang ditekankan buat wanita terutamanya agar terhindar daripada perkara tidak baik ketika hari Valentine ini, khususnya. Pun begitu, ia telah menerima pelbagai reaksi berbeza daripada masyarakat muslim sendiri. Seperti biasa ramai yang menyokong kempen mengelakkan diri daripada dosa zina itu, selari dengan ajaran Islam itu sendiri. Namun, ramai di kalangan netizen wanita yang menganggap dakwah terbabit sebagai seksis dan berat sebelah. Mereka tidak menerima mengapa hanya kaum wanita yang sering 'dipersalahkan' dalam semua hal termasuklah zina dan rogol. "Sexist. Patutnya lelaki yang kena bagi lagi banyak guidelines. "Emoticons pun tak boleh pakai? Wow males imagination are so the very imaginative dan wild ke?" "Dalam saya menghormati posting ini atas usahanya untuk mengelak zina. Tapi pada masa sama saya juga ingin mengkritik... Kenapa mesti fokus kepada wanita sahaja? Bukankah kaum lelaki juga wajar diberikan 'guideline' seumpama ini. Apakah wujud bias gender?" Begitulah antara respon netizen yang diterima berhubung nasihat dan kempen anti-zina ini. Apa pula pendapat anda? Tak salah rasanya ambil apa sahaja yang positif dan cuba elakkan pemikiran negatif dan sentiasa fikir diri sendiri betul dalam semua perkara, bukan? Sesekali cuba belajar untuk berlapang dada untuk terima secebis nasihat yang diberikan, dan bukannya menabik dada. - CARI |
11
Bagus |
4
Marah |
5
Terkejut |
8
Sedih |
4
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Artemesiaa replied at 14-2-2017 04:41 AM
Kat Malaysia ni hari2 bisa pun banyak je kes tak perlu nak tunggu Hari Valentine baru nak jadi kes
pooh~key replied at 14-2-2017 12:40 PM
Agama uslam memang bias sis. Sis baharu tahu ke? Kesian....
aldilla_zahraa replied at 14-2-2017 12:50 PM
Mungkin sbb kes buang bayi lebih rampant selepas 9 bulan valentine berlalu sis
pooh~key replied at 14-2-2017 12:40 PM
Agama uslam memang bias sis. Sis baharu tahu ke? Kesian....
manjalara_01 replied at 14-2-2017 04:52 PM
Islam x pernah bias, PENGANUTnye saje yg BIAS. sekian..
pooh~key replied at 14-2-2017 05:52 PM
ISLAM tak mampu jadikan PENGANUTNYA tak bias sis? Ini sudah menghina!
manjalara_01 replied at 14-2-2017 06:18 PM
itu bukan menghina, itu buktinye org muslim tu manusia & manusia tu byk kelemahan.
& i am not yo ...
ADVERTISEMENT