Ekoran menerima pelbagai reaksi daripada peminat berhubung gaya pemakaian tudungnya sejak berhijab pada Ramadan tahun lalu, ratu rock tanah air, Ella atau Norzila Aminudin, 51, mendapat idea mengadakan sebuah kempen bagi mencari imej tudung bersesuaian dengan dirinya iaitu "Ella Rasa...Ella Nak Cari Designer Shawl".
"Jujurnya saya sendiri tidak tahu gaya apa yang sesuai dengan saya dan masih lagi tercari-cari stail kena dengan imej saya," katanya kepada mStar Online.
Disebabkan itu, Ella membuka peluang kepada peminat atau sesiapa sahaja untuk mereka tudung bersesuaian dengan imejnya. "Kadang-kadang saya baca komen peminat ada yang bernas dan mereka mempunyai banyak cadangan tentang tudung apa yang sesuai untuk saya pakai. "Jadi saya fikir apa salahnya saya beri peluang kepada mereka untuk mereka tudung bersesuaian dengan saya dan ia juga boleh menjadi satu aktiviti menarik," katanya. Pertandingan itu berlangsung dari 13 hingga 26 Februari dan dipecahkan kepada tiga kategori iaitu Aidilfitri, Kasual dan Rock & Roll. Bukan sekadar mencari rekaan terbaik semata-mata, tetapi kempen itu juga merupakan sebahagian daripada publisiti untuk pelancaran koleksi terbaharu shawl dibawah jenamanya iaitu Inai by Ella pada Mac depan. Rekaan menepati kriteria iaitu menarik, unik dan asli akan dipilih sebagai pemenang. Malah, rekaan terpilih akan dipakai Ella selain bakal dikeluarkan dibawah label Inai by Ella. Menurut pengarah projek berkenaan, Baini Jaafar berkata pemenang akan menerima hadiah terkumpul sebanyak RM5,000 sebagai ganjaran. Kepada yang berminat boleh hubungi Ella Rasa...Ella Nak Cari Designer Shawl di talian 012-779 1277. Wah, menarik betul ni! Ada antara anda berminat mereka tudung untuk ratu rock kita ni tak? - CARI
|
33
Bagus |
16
Marah |
22
Terkejut |
17
Sedih |
19
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
kucen_miang replied at 14-2-2017 10:13 AM
tanda2 awal nak bukak bisnes tudung.
diamondhoney replied at 14-2-2017 10:28 AM
Tudung lagiii
ADVERTISEMENT