CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bengang Dengan Morten Frost, Chong Wei Mahu Tinggalkan BAM?

8-2-2017 11:52 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4741| Komen: 21

Selepas sekian lama memendam perasaan akhirnya jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei melepaskan kemarahannya sambil menyelar Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost Hansen sebagai punca kepada kecederaannya.


Tambah Chong Wei, kecederaan yang dialaminya itu sebenarnya dapat dielakkan sekiranya legenda badminton Denmark itu menukar pelapik lantai yang licin di dalam gelanggang lebih awal selepas dimaklumkan. 

Pemenang tiga pingat perak Sukan Olimpik itu turut memberi amaran kepada Frost selepas dia terpaksa menarik diri daripada Siri Super Premier All England selepas kecederaan ligamen kolateral medial (MCL) di bahagian lutut kirinya.

"Dia tidak ada hak menentukan karier saya, mahu bersara atau tidak adalah keputusan saya bukan dia," Chong Wei meluahkan kemarahannya.

Sebenarnya telah wujud perselisihan faham antara Chong Wei dengan Morten Frost ketika peringkat persediaan ke Sukan Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil, tahun lepas, apabila Morten Frost mengasingkan pasukan perseorangan kepada dua kumpulan untuk sesi latihan, sekaligus menyebabkan pemain muda tidak berlatih bersama Chong Wei. 


Perseorangan utama negara itu juga kecewa apabila Frost bertanya kepada Hendrawan sama ada kecederaan itu akan menjadi penamat kepada kariernya.

“Dia bertemu Hendrawan semalam dan bertanya sama ada ini merupakan penghujung karier saya. Bagaimana dia tergamak bertanya soalan seperti itu?"

“Saya tidak akan berdiam diri kali ini. Saya akan berjumpa dengan pemangku presiden dalam tempoh beberapa hari lagi untuk membincangkan perkara ini. Sekiranya masih tiada penyelesaian juga, saya akan meninggalkan BAM."

Sementara itu, Frost ketika dihubungi Bernama enggan mengulas perkembangan terbaru tersebut.

"Saya masih tiada komen," jawabnya menerusi aplikasi Whatsapp.- CARI

sumber foto: https://uf.cari.com.my/

15

Bagus
12

Marah
17

Terkejut
25

Sedih
12

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (100 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dauswq 8-2-2017 11:58 AM
latuk oh latuk


bersara jelar

latih anak muda mcm iskandar kah, atau yg main perseorangan tanpa BAM tu nama ape tah..
Quote tensic~ 8-2-2017 12:04 PM
nape dia jatuh dia salahkan morten frost? tak faham
Quote gaara_X 8-2-2017 12:05 PM
ermmmm....panas..panas...
Quote gaara_X 8-2-2017 12:06 PM
ermmmm....panas..panas...
Quote duri_durians 8-2-2017 12:15 PM
tensic~ replied at 8-2-2017 12:04 PM
nape dia jatuh dia salahkan morten frost? tak faham

dia udah complain pasal slippery mat.. tapi takde tindakan drpd pihak Frost/ BAM. last2 jatuh... injured teruk.
Quote spiderman80 8-2-2017 12:16 PM
Dia mengandung anak Lin Dan kah?
Quote alieyrina 8-2-2017 12:16 PM
Dgr dlm berita dia mintak court jenis apa tah..mungkin court tu x licin..moten x tukar jenis court gitu la ..so licin pastu jatuh n cedera..
Quote lazim 8-2-2017 01:05 PM
syg betul BAM dengan frost. dulu masa bergaduh dengan pemain2 batch ong ewe hock etc pemian siap komplen keje mortern frost ni duk kilik fail je
Quote grouper 8-2-2017 01:19 PM
Masih xde org blh ganti latuk skang...nape frost ckp cmtu plak. Aku tgk latuk ni level federer dlm bdminton. Klau sihat n main 100%..xde sape blh kalahkan die kecuali lindan n chen long. Tgk federer baru mng gslam no 18 kat australian open baru2 ni, dah umur 35 same ngan latuk..main makin tip top lepas 6 bulan xmasuk tournament...kalahkan nadal plak final...xde sape blh buat camtu.
Quote missinpiece 8-2-2017 01:45 PM
Chong wei jarang me dengar menyalahkan org. Yg die tau main, nak menang. Pe pun kita tunggu jela bila pihak satu lg bleh bg komen
Quote terpaku 8-2-2017 01:47 PM
latuk jarang bising kan? we support you latuk!
Quote azimodin 8-2-2017 04:48 PM
Jarang dengar chong wei komplen2 . Kalau dia kalah ke apa mmg dia salahkan diri sendiri.. ni mesti dah lama tahan sabar. kalau latuk bersara, kaami terima keputusan datuk seadanya. Latok pon dah penat main agaknya.
Quote akukah 8-2-2017 10:22 PM
azimodin replied at 8-2-2017 04:48 PM
Jarang dengar chong wei komplen2 . Kalau dia kalah ke apa mmg dia salahkan diri sendiri.. ni mesti d ...

latuk dh nk menopause main badminton.. masih blum ada penganti dia.. asyik2 dia je yg kena harapkan utk julang nama negara dlm badminton.. mana x meroyan si latuk

Quote samasam90 9-2-2017 12:53 AM
steady latok. kami sentiasa support latuk. with or without bam.

Quote samasam90 9-2-2017 12:53 AM
spiderman80 replied at 8-2-2017 12:16 PM
Dia mengandung anak Lin Dan kah?

lin dan sangatttttt lah deli. ahgitchew
Quote mrseller 11-2-2017 11:28 AM
Dlcw dah bole stop main and coaching utk single. Its time already.....
Quote Orix 18-9-2017 06:36 PM
Go go latukkk
Quote should 18-9-2017 06:44 PM
dah lah ngaku je lah kalah tak payah nak bising komplen bagai, ko hengat ko sorang je ke yang main atas pelapik lantai tu, orang lain main tak de bising langsung pon
Quote dodolgemok 18-9-2017 06:58 PM
spiderman80 replied at 8-2-2017 12:16 PM
Dia mengandung anak Lin Dan kah?

Fantasi seks ganas sgat kan sis? Kehkehkeh

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:46 AM GMT+8 , Processed in 0.232739 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top