Baru-baru ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menghidu kegiatan individu 'berani' menyamar sebagai pegawai SPRM yang menawarkan 'khidmat' membantu siasatan berkaitan suruhanjaya berkenaan.
Dalam satu kenyataan, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata pihaknya sudah mengenalpasti beberapa individu terbabit kegiatan keji itu yang boleh menjejaskan imej SPRM. "Dalam pada itu, jika mana-mana individu yang terbabit gagal melaporkan perkara berkenaan kepada SPRM, tindakan akan diambil ke atas mereka atas kesalahan bersubahat. "Dipercayai, mereka menggunakan nama pegawai kanan SPRM selain meminta sejumlah wang kononnya digunakan untuk menyelesaikan kes berkenaan," katanya. Individu terbabit bukan sahaja mendakwa mereka mampu menyelesaikan kes SPRM yang masih dalam siasatan termasuk selesaikan kes perbicaraan mahkamah serta membersihkan mana-mana nama tercatat dalam senarai siasatan SPRM. "Sehubungan itu, SPRM berharap orang ramai tidak terpedaya dengan dakwaan seperti itu dan meminta mereka menghubungi SPRM untuk mengesahkan perkara berkenaan," katanya. Datuk Azam juga menegaskan bahawa SPRM tidak akan berkrompomi dengan pihak tidak bertanggungjawab menyalahgunakan nama pegawai SPRM bagi memenuhi kepentingan diri. Sehubungan itu, SPRM akan menyiasat perkara ini serta mengenakan tindakan ke atas mereka. Orang ramai yang ingin mengesahkan dan memberi maklumat berhubung isu itu boleh hubungi pegawai SPRM, Fadzil Amin (019-6000981) dan Ahmad Nizam Ismail (019-4401112) atau email terus ke [email protected]. - CARI
|
22
Bagus |
20
Marah |
23
Terkejut |
24
Sedih |
33
Lawak |
27
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT