CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kereta Dilempar Bom: Pegawai Bank, Rakan Terselamat

14-8-2013 09:54 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 23746| Komen: 34

PULAU PINANG 12 Ogos - Seorang pegawai bank  bersama rakannya terselamat  walaupun kereta  dipandunya dilempar bom buatan sendiri oleh  individu tidak  dikenali di Love Lane hari ini.

Mangsa, Ong Kok Kwang, 23, ketika itu dalam  perjalanan pulang ke pejabatnya  selepas makan  tengah hari di kawasan berhampiran pusat  bandar.
Dia kemudian menyedari kenderaannya diekori  sebuah kenderaan pelbagai guna  (MPV) jenis  Nissan Grand Livina sejak dari Lebuh Farquhar.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten  Komisioner Gan Kong Meng berkata,  dalam  kejadian kira-kira pukul 2.20 petang itu, sejurus  menyedari diekori, Kok  Kwang membelok masuk  ke Love Lane yang juga merupakan kawasan  tumpuan  pelancong asing.

"MPV dinaiki dua lelaki termasuk seorang  dipercayai warga Indonesia itu  kemudian terus  menghimpit kereta Honda Civic yang dipandu  mangsa.

"pegawai bank itu kemudian memberi ruang  kepada kereta berkenaan untuk  memotongnya  namun dia terkejut apabila suspek bertindak  melanggar bahagian  belakang keretanya,"  katanya ketika dihubungi hari ini.

Kok Meng berkata, mangsa yang ketakutan tidak  memberhentikan kenderaannya  dan ketika itu dia  nampak seorang lelaki yang duduk di sebelah  pemandu membuka  cermin tingkap dan  melempar bom buatan sendiri ke arah bahagian  belakang  keretanya.

"Tiba-tiba, bumper kereta mangsa terjatuh dan  pecah serta bunyi  letupan menggegarkan  kawasan berkenaan. Mangsa kemudian memecut  keretanya  sehingga ke Jalan Burma namun dikejar  oleh suspek yang kemudiannya melarikan  diri  selepas melihat kereta polis peronda di situ,"  katanya. - UTUSAN  ONLINE

7

Bagus
6

Marah
4

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (24 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissNigga 12-8-2013 10:29 PM
semakin menjqadi jadi ....
skerinyaaaaa...
Quote AHMADVW 12-8-2013 10:30 PM
penang dan kelate bermain bom,
minang negeri bertopok tangan
Quote Innrukia 12-8-2013 10:33 PM
isk caner kalo tetiba kete tu meletop & ai tgh drive kat tepi
nak lepaks mamak risoooo serpihan bullet, drive pun risoooooo kena serpihan bom
Quote roblucci 12-8-2013 10:43 PM
sikap Pulau People yang semakin ke arah PPRT
Quote sigila 12-8-2013 10:48 PM
Tentu ada sebab nie..... kalo x takkan ler org Suka suki jer nak lempar bom...
Quote kakikuDibibirmu 12-8-2013 10:50 PM
jihad fi sabilillah semakin menjadi-jadi di Mulaysia ini
Quote kakikuDibibirmu 12-8-2013 10:51 PM
sigila posted on 12-8-2013 10:48 PM
Tentu ada sebab nie..... kalo x takkan ler org Suka suki jer nak lempar bom...

ummah yang lempar asid tu nampak gayanya macam suki-suki jah, yang bom ni pun sama kot
Quote mak_wa95 12-8-2013 10:52 PM
lepas tembak bom pula............
Quote Anak_Nogori 12-8-2013 11:03 PM
MissNigga posted on 12-8-2013 10:29 PM
semakin menjqadi jadi ....
skerinyaaaaa...

kita tengok lepas ni bom ketiga dimana pula..
Quote marjono 12-8-2013 11:19 PM
ini agaknya kes.. bengang orang bank call pasal hutang atau loan tak approve
Quote wafeenaulia 12-8-2013 11:32 PM
Musim bom2 pulak
Quote sigila 12-8-2013 11:33 PM
kakikuDibibirmu posted on 12-8-2013 10:51 PM
ummah yang lempar asid tu nampak gayanya macam suki-suki jah, yang bom ni pun sama kot

Kalo mcm tu maybe dia org stress.... atau maybe gak hati dia org pernah terluka, so dia nak org lain pon turut terluka sama...
Quote sapp73 13-8-2013 12:25 AM
Dah puas tembak menembak..sekarang dah upgrade ke bom megebom pulak..makin menakutkan jenayah di negaraku malaysia ni
Quote qislea 13-8-2013 12:45 AM
"MPV dinaiki dua lelaki termasuk seorang  dipercayai warga Indonesia itu  kemudian terus  menghimpit kereta Honda Civic yang dipandu  mangsa


indon ni ingat malaysia ni negara dorang agaknya...
datang negara orang buat mcm tempat sendiri pulak...
tu pasal sekarang banyak sangat kes tembak menembak berbom bom makin menjadi-jadi..
Quote raxief 13-8-2013 01:12 AM
jgn lepas ni ada IED roadside bomb sudah..
Quote munchkin 13-8-2013 04:22 AM
Gilalah malaysia sekarang ni. not a safe country!!!
Quote kakiputaralam 13-8-2013 12:49 PM
Betol ke indon

Ummah jawa johor tu

Quote Landowner 13-8-2013 12:51 PM
malaysia darul jenayah
Quote Anak_Nogori 13-8-2013 01:28 PM
Ni baru org2 biasa je kena bom...tunggu lah org luar biasa macam Guan Eng ka plak mati dibom..tengok macam mana kecohnya seMalaya..

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:09 AM GMT+8 , Processed in 0.259610 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top