CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Gempar Jumpa Bom Lama 226 Kilogram

8-9-2014 10:18 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5924| Komen: 16

Description: Gempar Jumpa Bom Lama 226 KilogramKuala Lumpur: Puluhan penggemar aktiviti riadah serta mendaki bukit di Bukit Cheras Awana dan Bukit Hartamas di sini, gempar apabila mengetahui terdapat sebutir bom b ...
Gempar Jumpa Bom Lama 226 Kilogram


Kuala Lumpur: Puluhan penggemar aktiviti riadah serta mendaki bukit di Bukit Cheras Awana dan Bukit Hartamas di sini, gempar apabila mengetahui terdapat sebutir bom besar seberat 226 kilogram tertanam di lokasi itu.

Semua pengunjung pusat riadah itu kemudian diarahkan beredar meninggalkan lokasi berkenaan sejurus bom lama itu ditemui orang awam sekitar jam 2.30 petang semalam.
Menurut kenyataan dikeluarkan di laman sosial rasmi Facebook (FB) Polis Daerah Kajang, bom lama berkenaan dipercayai peninggalan ketika zaman penjajahan Jepun

Laporan itu memberitahu bom berkenaan dijangka akan diletupkan Unit Pemusnah Bom (UPB) dari Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Selangor, pagi ini.

Rakan FB Polis Daerah Kajang dan orang ramai yang sering melakukan aktiviti mendaki Bukit Cheras Awana dan Bukit Hartamas di sini, dinasihatkan menjauhi kawasan itu bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Sementara itu, salah seorang pengunjung bukit itu, Law Boon Hee, 40, berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan bukit itu ‘menyimpan’ bom lama bersaiz besar ketika mahu memulakan aktiviti jam 4 petang semalam.


BOM lama yang ditemui tertanam di Bukit Cheras Awana, semalam.

Dia mendakwa kerap mendaki bukit di kawasan itu sebagai kaedah bersenam selain mendapatkan udara segar di kawasan hutan simpan berhampiran.
“Saya sudah lakukan aktiviti ini sejak 10 tahun lalu. Tidak sangka terdapat bom tertanam di bukit ini,” katanya.





16

Bagus
19

Marah
8

Terkejut
11

Sedih
23

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (91 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 8-9-2014 08:41 AM
nmpk besoo
Quote gaara_X 8-9-2014 08:47 AM
ermmmmmm.....dok jogg meletop.......heheheee
Quote puteri_impian 8-9-2014 08:53 AM
dulu kat pekan tambun ipoh pun jumpa jugak....sampai satu kawasan pekan koboi tu ditutup tak bgi kereta& moto lalu lalang sana........org yg meniaga kat situ xde sale hari tu...
Quote ultra78 8-9-2014 08:58 AM
Bom? Bom yg digugurkan dari kapal terbang atau landmine?
Quote LUNCH 8-9-2014 09:08 AM
Kalau meletup tu habis satu bukit tu!
Quote blackred99 8-9-2014 09:18 AM
before letup mmg dorang timbang dulu ke berapa kilo?
Quote RatuDunia94 8-9-2014 09:22 AM
bahayanya... hope ada yg share video masa meletop..
Quote crazecousa 8-9-2014 09:22 AM
tohdia... bobby trap.. pijak2 berkecai
Quote gula_tebu 8-9-2014 09:29 AM
blackred99 posted on 8-9-2014 09:18 AM
before letup mmg dorang timbang dulu ke berapa kilo?

i like ur question.

sebab terpikir benda yang sama juga. ahahahaha
Quote DeMax 8-9-2014 09:31 AM
Ni semua salah DAP, kalu tak kerana pembangunan yg DAP bawa takde la musibah ni..yg kena ummah sunni kito jg
Quote missyqaldina 8-9-2014 09:34 AM
tak sangka hartamas tmpt perang da bertukar jd tempat elite
Quote cmf_rambutan 8-9-2014 10:31 AM
metro gambo kutip kat google pon ngaku sendiri punya..

//commons.wikimedia.org/wiki/File:Jason's_camera_127.JPG Last edited by cmf_rambutan on 8-9-2014 10:44 AM

Quote cloudy_83 8-9-2014 10:35 AM
macam bom gugur dari kapal terbang je, terbenam tapi tak meletup
Quote uniq61 9-9-2014 04:06 PM
TAKKAN ADA SEBIJI JE?
Quote Artemesiaa 9-9-2014 04:21 PM
Nasib ada yang cepat alert pasal bom ni dibuatnya meletup masa tengah jog memang kes nyaya
Quote hazz11 10-9-2014 01:37 PM
IMG-20140909-WA0009.jpg Kenapa rupa bom yang dijumpa lain dan dicetak oleh pihak media lain? Bom nie jatuh buntot dulu sebab tu dia tak meletup. Dis is a Mark 1-1952... Last edited by hazz11 on 9-9-2014 06:42 PM

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 02:19 AM GMT+8 , Processed in 0.409056 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top