View: 5235|Reply: 34
|
[Jenayah]
Pulau People - Kereta dilempar bom: Pegawai bank, rakan terselamat
[Copy link]
|
|
Oleh MALINDA ABDUL MALIK
PULAU PINANG 12 Ogos - Seorang pegawai bank bersama rakannya terselamat walaupun kereta dipandunya dilempar bom buatan sendiri oleh individu tidak dikenali di Love Lane hari ini.
Mangsa, Ong Kok Kwang, 23, ketika itu dalam perjalanan pulang ke pejabatnya selepas makan tengah hari di kawasan berhampiran pusat bandar.
Dia kemudian menyedari kenderaannya diekori sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Grand Livina sejak dari Lebuh Farquhar.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 2.20 petang itu, sejurus menyedari diekori, Kok Kwang membelok masuk ke Love Lane yang juga merupakan kawasan tumpuan pelancong asing.
"MPV dinaiki dua lelaki termasuk seorang dipercayai warga Indonesia itu kemudian terus menghimpit kereta Honda Civic yang dipandu mangsa.
"egawai bank itu kemudian memberi ruang kepada kereta berkenaan untuk memotongnya namun dia terkejut apabila suspek bertindak melanggar bahagian belakang keretanya," katanya ketika dihubungi hari ini.
Kok Meng berkata, mangsa yang ketakutan tidak memberhentikan kenderaannya dan ketika itu dia nampak seorang lelaki yang duduk di sebelah pemandu membuka cermin tingkap dan melempar bom buatan sendiri ke arah bahagian belakang keretanya.
"Tiba-tiba, bumper kereta mangsa terjatuh dan pecah serta bunyi letupan menggegarkan kawasan berkenaan. Mangsa kemudian memecut keretanya sehingga ke Jalan Burma namun dikejar oleh suspek yang kemudiannya melarikan diri selepas melihat kereta polis peronda di situ," katanya. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130812/je_17/Kereta-dilempar-bom-Pegawai-bank-rakan-terselamat#ixzz2blELqmor
© Utusan Melayu (M) Bhd
P/s:- Tuuuuuuu dia..bibit2 main bom semakin menjadi2...yg pertama di Serambi Mekah..yg keduanya di Pulau..baru lah best macam ni..apa klass main tembak2...kita main bom lah plak macam kat Pakistan, Iraq, India, Syria plak.. |
|
|
|
|
|
|
|
semakin menjqadi jadi ....
skerinyaaaaa... |
|
|
|
|
|
|
|
penang dan kelate bermain bom,
minang negeri bertopok tangan |
|
|
|
|
|
|
|
sikap Pulau People yang semakin ke arah PPRT |
|
|
|
|
|
|
|
Tentu ada sebab nie..... kalo x takkan ler org Suka suki jer nak lempar bom... |
|
|
|
|
|
|
|
jihad fi sabilillah semakin menjadi-jadi di Mulaysia ini |
|
|
|
|
|
|
|
sigila posted on 12-8-2013 10:48 PM
Tentu ada sebab nie..... kalo x takkan ler org Suka suki jer nak lempar bom...
ummah yang lempar asid tu nampak gayanya macam suki-suki jah, yang bom ni pun sama kot |
|
|
|
|
|
|
|
lepas tembak bom pula............ |
|
|
|
|
|
|
|
MissNigga posted on 12-8-2013 10:29 PM
semakin menjqadi jadi ....
skerinyaaaaa...
kita tengok lepas ni bom ketiga dimana pula.. |
|
|
|
|
|
|
|
ini agaknya kes.. bengang orang bank call pasal hutang atau loan tak approve |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu posted on 12-8-2013 10:51 PM
ummah yang lempar asid tu nampak gayanya macam suki-suki jah, yang bom ni pun sama kot
Kalo mcm tu maybe dia org stress.... atau maybe gak hati dia org pernah terluka, so dia nak org lain pon turut terluka sama... |
|
|
|
|
|
|
|
Dah puas tembak menembak..sekarang dah upgrade ke bom megebom pulak..makin menakutkan jenayah di negaraku malaysia ni |
|
|
|
|
|
|
|
"MPV dinaiki dua lelaki termasuk seorang dipercayai warga Indonesia itu kemudian terus menghimpit kereta Honda Civic yang dipandu mangsa
indon ni ingat malaysia ni negara dorang agaknya...
datang negara orang buat mcm tempat sendiri pulak...
tu pasal sekarang banyak sangat kes tembak menembak berbom bom makin menjadi-jadi.. |
|
|
|
|
|
|
|
jgn lepas ni ada IED roadside bomb sudah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Gilalah malaysia sekarang ni. not a safe country!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Betol ke indon
Ummah jawa johor tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni baru org2 biasa je kena bom...tunggu lah org luar biasa macam Guan Eng ka plak mati dibom..tengok macam mana kecohnya seMalaya.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|