CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tetap Belikan Barang Dapur Untuk Ibu Bapa Walau Sudah Berkeluarga

2-2-2017 05:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 11305| Komen: 60|Original author: Oleh: Adib Za


Kata orang kasih ibu bawa ke syurga, kasih bapa sepanjang masa. Begitu pentingnya ibu bapa buat anak-anak dan begitu juga sebaliknya. 


Namun, bila sudah dewasa anak-anak mula membawa haluan masing-masing dan sibuk dengan dunia mereka sendiri sehingga terlupa dengan jasa dan kebajikan kedua ibu bapanya.

Itu belum termasuk bagi mereka yang sudah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Bukan sekali dua kisah bagaimana ibu bapa di kampung ditinggalkan begitu sahaja sehingga kelaparan dan serba kekurangan. 


Memang menyedihkan. Namun berbeza pula dengan cerita seorang netizen ini. Katanya dia berasa pelik pada suatu ketika membeli barang keperluan di sebuah pasar raya.


"Semasa giliran mereka, saya melihat si suami mengatur barang di atas kaunter dan membayar barangan di setiap troli secara berasingan menggunakan kad kredit.

"Apa yang menarik perhatian saya ialah, barangan di troli pertama adalah sama 100% dengan barangan di troli kedua. Barangan di troli ketiga pula lebih kepada barangan wanita dan kanak-kanak," ujar netizen bernama Izman Pauzi ini. 

Tak mahu tertanya-tanya, dia segera bertanya kepada lelaki tersebut.

"Jawab lelaki itu, " Ya, kedua troli ini sama barangannya. 100 'percent' sama!."

"Troli pertama untuk rumah saya. Troli kedua pula untuk rumah ibu bapa saya". Jawabnya sambil senyum.


Wow, bagaikan tersentak! Siapa yang tidak terkejut dengan perlakuan lelaki tersebut. Bukan sahaja sanggup membelanjakan ratusan ringgit untuk barang keperluan ibu bapanya, namun sesekali tidak melupakan jasa ibu bapanya itu yang telah menyentuh hati ramai netizen. 


Penulis bersetuju dengan kata-kata Izman, 

"Saya bukan kagum dengannya yang menghabiskan wang sebanyak RM657.50 untuk sekali berbelanja, tetapi sangat kagum dengan ingatan dan kebaikannya terhadap keluarga yang telah membesarkannya." - CARI 
28

Bagus
18

Marah
15

Terkejut
25

Sedih
14

Lawak
25

Bosan

Friends Rank (125 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 2-2-2017 05:53 PM
So? "Abang Hasanah" ni dapat hidayah tak? Terus belikan barangan dapur untuk ibu bapa dia? Atau lepas taip dan post, tunggu dan lihat depan pc berapa like berapa share dia dapat?
Quote siskepoh 2-2-2017 06:07 PM
saya pon syg ma abah sya.cume kgkdag ketandusan duit nk bg. hahaha
Quote cmf_premierleag 2-2-2017 06:33 PM
Weols lakibini slalu je buat mcm ni
Takde lak gigih nak viral bagai
Pokoknya mmg kami sayang parents kami
Kalo g tesco ampang tu... Penuh 2 troli
Quote BuBuComey 2-2-2017 06:47 PM
Susah nak cari camni skang
Quote shanshero 2-2-2017 06:55 PM
kalo taknak beli pun boleh bagi duit
blanje tiap bulan.
Quote jazaa100 2-2-2017 07:01 PM
imransulaiman replied at 2-2-2017 05:53 PM
So? "Abang Hasanah" ni dapat hidayah tak? Terus belikan barangan dapur untuk ibu bapa dia? Atau lepa ...

Secepat kilat kau teringat kat abg hasanah....
Quote Cikjie 2-2-2017 07:01 PM
Rasenye ramai anak yg buat cmni..cuma diam2 je..
Quote jazaa100 2-2-2017 07:04 PM
shanshero replied at 2-2-2017 06:55 PM
kalo taknak beli pun boleh bagi duit
blanje tiap bulan.

Takkn le kena beli betul betul sama....

Mak dia suka beras cap rambutan...mungkin ank lebih suka beras cap masjid...

Mak dia suka sabun cap kapak...ank ank mgkin suka sabun Lux   

Knp kena ikut selera org lain....

Quote cahaya_almas 2-2-2017 07:13 PM
Sy lg suka bg duit..senang...sbb duk jauh...tp kalau balik kg mmg selalu belilah brg keperluan ...
Quote imransulaiman 2-2-2017 08:21 PM
jazaa100 replied at 2-2-2017 07:01 PM
Secepat kilat kau teringat kat abg hasanah....

Boleh tak nak kata - saya dah skeptikal kisah tular sebegini  

Quote krustykrab 2-2-2017 08:35 PM
Aloh....mcm la org lain x buat...penulis ni pasti x prnh berbelanja utk parents beliau , tu yg terimpressed kut
Quote SY_Mumi 2-2-2017 08:52 PM
yup pengaruh social media. semua nya nak bilang. macam lah dia sorang je anak yg baik.
konfirm bbnu
Quote emma.giggs 2-2-2017 09:01 PM
Seolah2 kt dunia ni dh xde perkara yg baik berlaku smpi ada kebaikan je terus nk viral..
Wlubgimnpun,  yg baik amik iktibar
Quote WhiskeyScotch 2-2-2017 11:30 PM
Bagus. Keep it up. Semoga diberkati hendaknya.
Quote tobobon 2-2-2017 11:35 PM
ini semua salah kak hasanah... semua cerita baik org ckp auta :
Quote ejans 2-2-2017 11:51 PM
Aku pon bg duit je ....
Dah parent aku makin tua ni makin suka makan  western,junk food. Maggie...Fast food... x kan aku nak suh anak2 aku sume layan junk food
Quote prettyuglybabe 2-2-2017 11:53 PM
errr... troli untuk mak ayah mertua sekali ke?
Quote evlinne 3-2-2017 12:15 AM
imransulaiman replied at 2-2-2017 05:53 PM
So? "Abang Hasanah" ni dapat hidayah tak? Terus belikan barangan dapur untuk ibu bapa dia? Atau lepa ...

Too hasanah to be true!


Btw we want moaaarrrrrrrrrr
  
Quote merrissa 3-2-2017 05:58 AM
kahkahkah...sindrom hasanah

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:14 AM GMT+8 , Processed in 0.068475 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top