"Mahkamah mendapati kredibiliti mangsa tidak boleh dipercayai kerana banyak percanggahan di dalam laporan polis, keterangan utama di mahkamah dan soal balas."
Seorang pengawal keselamatan Muhammad Syahir Naim Ramli, 21, terharu dan lega apabila dibebaskan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur daripada dakwaan merogol adik teman wanitanya, Jun tahun lalu. Menurut Bernama, Hakim Datin M. Kunasundary melepaskan tertuduh selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan. "Selain itu ujian asid deoksiribonukleik (DNA) tertuduh yang dijumpai di dalam rumah, tempat kejadian itu juga bukanlah bukti yang boleh menyabitkan tertuduh kerana di dalam rumah itu terdapat beberapa individu (lelaki) lain yang membawa masuk teman wanita mereka. Mahkamah dengan ini melepas dan membebaskan tertuduh tanpa perlu membela diri," katanya.
Sebaik sahaja mahkamah membaca keputusan itu, Syahir dilihat menangis dan memeluk bapanya yang berada di galeri awam. Terdahulu pada 23 Jun 2016, Syahir mengaku tidak bersalah merogol remaja perempuan berusia 14 tahun di dalam bilik di sebuah rumah di Jalan 9/56, Ulu Klang pada 12.30 malam, 16 Mei tahun lalu. Bernama melaporkan, mahkamah memanggil sebelas saksi pendakwaan bagi memberi keterangan pada perbicaraan kes berkenaan yang bermula pada September tahun lalu. Tertuduh diwakili peguam S.S Seelan dalam pendakwaan kes yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Liyana Zawani Mohd. Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat tidak kurang 10 sebatan. - CARI
|
7
Bagus |
2
Marah |
3
Terkejut |
3
Sedih |
3
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT