CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1205|Reply: 4

'Pak Guard' Didakwa Rogol Adik Teman Wanita Bebas Tuduhan

[Copy link]
Post time 31-1-2017 03:40 PM | Show all posts |Read mode
"Mahkamah mendapati kredibiliti mangsa tidak boleh dipercayai kerana banyak percanggahan di dalam laporan polis, keterangan utama di mahkamah dan soal balas."




Foto: Carian Internet




Seorang pengawal keselamatan Muhammad Syahir Naim Ramli, 21, terharu dan lega apabila dibebaskan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur daripada dakwaan merogol adik teman wanitanya, Jun tahun lalu.


Menurut Bernama, Hakim Datin M. Kunasundary melepaskan tertuduh selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.


"Selain itu ujian asid deoksiribonukleik (DNA) tertuduh yang dijumpai di dalam rumah, tempat kejadian itu juga bukanlah bukti yang boleh menyabitkan tertuduh kerana di dalam rumah itu terdapat beberapa individu (lelaki) lain yang membawa masuk teman wanita mereka. Mahkamah dengan ini melepas dan membebaskan tertuduh tanpa perlu membela diri," katanya.


Sebaik sahaja mahkamah membaca keputusan itu, Syahir dilihat menangis dan memeluk bapanya yang berada di galeri awam.


Terdahulu pada 23 Jun 2016, Syahir mengaku tidak bersalah merogol remaja perempuan berusia 14 tahun di dalam bilik di sebuah rumah di Jalan 9/56, Ulu Klang pada 12.30 malam, 16 Mei tahun lalu.


Bernama melaporkan, mahkamah memanggil sebelas saksi pendakwaan bagi memberi keterangan pada perbicaraan kes berkenaan yang bermula pada September tahun lalu.


Tertuduh diwakili peguam S.S Seelan dalam pendakwaan kes yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Liyana Zawani Mohd.


Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat tidak kurang 10 sebatan. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2017 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
umo teman wanita berapa ni?
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2017 03:53 PM | Show all posts
amboi, drama melayu ke, adik syok kt bf kakak, nk perangkap suh kawen dgn dia
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2017 04:00 PM | Show all posts
Wartawan CARI patut  highlight statement ini juga.

"Mahkamah mendapati kredibiliti mangsa tidak boleh dipercayai kerana banyak percanggahan di dalam laporan polis, keterangan utama di mahkamah dan soal balas."
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2017 04:01 PM | Show all posts
rumah markas sex ke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 02:07 AM GMT+8 , Processed in 0.071425 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list