CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Annuar Musa Digantung Tugas, MARA Buat Siasatan 'Dalam Rumah' Sendiri

31-1-2017 02:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10139| Komen: 167

Description: Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Pelaburan MARA Berhad (PMB), Tan Sri Annuar Musa digantung tugas dari perkhidmatannya berkuat kuasa serta merta hari ini.
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Pelaburan MARA Berhad (PMB), Tan Sri Annuar Musa digantung tugas dari perkhidmatannya berkuat kuasa serta merta hari ini.



Menurut Ahli Majlis MARA, Datuk Dr Yusof Yacob dalam satu sidang media, keputusan itu dilakukan bagi memberi laluan kepada siasatan dalaman berhubung dakwaan penyelewengan kuasa serta tajaan pasukan bola sepak Kelantan dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) oleh dua agensi berkenaan. 

"Hari ini kita bermesyuarat mengenai isu semasa dan keperluan untuk mempertahankan integriti serta pengurusan korporat MARA, justeru Ahli Majlis sebulat suara dalam beberapa keputusan. 

"Kita bersetuju membincangkan isu tajaan MARA melalui PMB dan UniKL terhadap pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warrior (TRW) yang menjadi viral di laman sosial baru-baru ini.


"Sehubungan itu, MARA terpaksa mengambil tindakan tuntas dengan menggantung tugas Annuar supaya isu ini tidak berlarutan sehingga menyebabkan keyakinan rakyat kepada pengurusan kerajaan semakin terhakis," tegasnya.


Foto: BH Online

Tambah Yusof, MARA mahu melakukan siasatan dalaman sebelum dilaporkan secara rasmi kepada SPRM. 

"Biarlah kita buat siasatan dalam rumah sendiri dulu sebelum ajukan perkara ini kepada SPRM jika mendapati wujud salah guna membabitkan Annuar. Annuar sudah dimaklumkan mengenai keputusan ini dan beliau akur supaya siasatan berhubung isu terbabit perlu dijalankan," jelasnya.

Sehubungan itu, Yusof akan memangku kedua-dua tugas Annuar sebagai Pengerusi MARA dan Pengerusi PMB sekiranya dipersetujui Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob.

Sementara itu menurut BH Online, Annuar bagaimanapun menafikan MARA dan PMB dipaksa menaja pasukan berkenaan, sekali gus menolak kemungkinan wujud salah guna kuasa. 

Terdahulu, isu berkenaan dibangkitkan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa MARA dan UniKL menaja TRW. - CARI

12

Bagus
17

Marah
13

Terkejut
16

Sedih
18

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (97 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ekod79 31-1-2017 12:46 PM
Gantung elaun jalan x?
Quote sepiITUindah 31-1-2017 12:47 PM
dah terang lagi bersuluh
pecat jer
Quote ronapink 31-1-2017 12:48 PM
pengerusi Majlis Amanah yang tak amanah,

gantung kejap..
Quote Voyagers 31-1-2017 12:51 PM
pru lepas

anuar musa kira hebat la juga. sebab dapat rampas parlimen ketereh. mungkin masa tu faktor bola. orang suka dekat dia

lepas ini entah lah
mesti kalah punya kalau lawan dekat ketereh tu
Quote Decaffeinated 31-1-2017 12:53 PM
Harap jgn lah bebudak nak belajar terencat gara2 TRW....
Quote hzln 31-1-2017 12:59 PM
Kenapa gantung? Tak wajar digantung. Semua dibuat ikut prosedur, surat dan dokumen semua ada . Lagipun unikl itu ipts, diulang, IPTS, hidup dgn hasil yuran, bkn dr dana kerajaan...
Quote CiliPadiSedap 31-1-2017 01:03 PM
porsche panamera tu jual  bagi duit kt MARA..   ramai lagi anak melayu islam kurang  berpeluang dalam pelajaran. jangan makan hak mereka sebab bola.. kelak kat akhirat merangkak .
Quote samasam90 31-1-2017 01:04 PM
kena gantung jah? dah terang pecah amanah, setakat gantung ja mampu?? :
Quote zapid 31-1-2017 01:05 PM
boleh tau isu apa sampai kena gantung. hamba ketinggalan keretapi ni.
Quote MissVixen 31-1-2017 01:09 PM
Jahatnya la. Duit tu duit orang x mampu nak pakai. Patut pancung kepala je manusia mcm ni.
Quote ciwi1166 31-1-2017 01:16 PM
tunggu la mase ko anuar. dah nak mula dah tu.
Quote chinta89 31-1-2017 01:25 PM
iols tertinggal jet.. boleh terangkan isu ape? isu bola? x pahaM?
Quote wana89 31-1-2017 01:26 PM
Alahai.. malas wana nak kutok
Kalo syarikat biasa pun, ada kes macam ni kena gantung tak kak
Quote AbukRokok 31-1-2017 01:28 PM
set kito jange pecoh
TRW blako  
Quote EJALTI 31-1-2017 01:30 PM
Mara Gantung Tugas Annuar Berkuatkuasa Serta-Merta

http://www.mstar.com.my/berita/b ... antung-annuar-musa/

Diterbitkan: Selasa, 31 Januari 2017 12:46 PM



KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (Mara) pada Selasa mengambil keputusan menggantung tugas Tan Sri Annuar Musa sebagai pengerusi berkuat kuasa serta merta.

Jawatan beliau sebagai Pengerusi Pelaburan Mara Bhd (PMB) juga digantung berkuat kuasa pada tarikh sama.

Keputusan itu dibuat dalam satu mesyuarat tergempar yang dipengerusikan oleh Ahli Majlis Mara, Datuk Dr Yusof Yacob dan Prof Emeritus Datuk Dr Abu Azam Md Yassin di ibu pejabat Mara di sini.

Dilaporkan, keputusan sebulat suara itu dibuat bagi membolehkan siasatan dalaman dibuat berhubung tajaan pasukan bola sepak Kelantan dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) oleh dua agensi berkenaan di mana Annuar didakwa melakukan penyelewengan kuasa.

"Kita bersetuju membincangkan isu tajaan Mara melalui PMB dan UniKL terhadap pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warrior (TRW) yang menjadi viral di laman sosial baru-baru ini.

"Sehubungan itu, Mara terpaksa mengambil tindakan tuntas dengan menggantung tugas Annuar supaya isu ini tidak berlarutan sehingga menyebabkan keyakinan rakyat kepada pengurusan kerajaan semakin terhakis," katanya dalam sidang media, di ibu pejabat Mara, Selasa.

Semua tugas Annuar akan dipangku oleh Dr Yusof selepas mendapat persetujuan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob.

Katanya, Annuar sudah dimaklumkan mengenai penggantungan tugas itu dan beliau akur dengan keputusan tersebut.
Read more at http://www.mstar.com.my/berita/b ... 6P7gPl5qzvDLGfhY.99
Quote R2D2 31-1-2017 01:32 PM
Untung jadi ahli UMNGOK
Apa2 cuma gantung tugas ja
Quote gaara_X 31-1-2017 01:35 PM
ermmmm...selagi ko ahli umenok..hanya tugsan je gantung....ahaks!!
Quote NBM 31-1-2017 01:37 PM
samasam90 replied at 31-1-2017 01:04 PM
kena gantung jah? dah terang pecah amanah, setakat gantung ja mampu?? :

tu prosedur je..gantung dlm 2 minggu or hingga siasatan penuh selesai pastu baru pecat and dakwa bila bukti2 kukuh dah dapat.
Quote cabalero 31-1-2017 01:37 PM
wana89 replied at 31-1-2017 01:26 PM
Alahai.. malas wana nak kutok
Kalo syarikat biasa pun, ada kes macam ni kena gantung tak kak

wana tak payah la sibuk nak membekap

taik mana boleh jadi bunga

hahahaha

Lihat semua komen(167)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:47 AM GMT+8 , Processed in 0.058224 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top