Pembelian pokok 'Ceiba Chodatii' yang kini menjadi mercu tanda Bandar Baharu Kuala Nerus menimbulkan spekulasi kononnya ia suatu pembaziran dengan menggunakan wang kerajaan negeri.
Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu bagaimanapun menafikan pembelian itu melibatkan sebarang kos kewangan kerajaan negeri. Bernama melaporkan, Pengarah JKR Terengganu, Ir Ab Hamid Md Daud dalam sebuah kenyataan menjelaskan bahawa kontraktor utama projek berkenaan bertanggungjawab menanggung pembelian pokok yang diimport dari Brazil itu. Malah, pembelian pokok itu tidak termasuk dalam skop projek. "Sehubungan itu, orang ramai diminta tidak lagi membuat sebarang spekulasi liar berhubung isu pokok berkenaan," katanya.
Baru-baru ini, kecoh di laman sosial berhubung isu penanaman tiga batang pokok 'benang sutera' itu sebagai mercu tanda bandar Kuala Nerus yang didakwa sebagai pembaziran besar kerana melibatkan kos RM180,000 sebatang. Dalam sebuah kenyataan berasingan, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Terengganu, Mohd Johari Abu Bakar menggesa kerajaan negeri mengenakan tindakan undang-undang terhadap penyebar fitnah berhubung isu pokok berkenaan. Menurutnya, fitnah itu dibangkitkan seorang pemilik akaun Facebook yang mendakwa berkenaan membabitkan Menteri Besar. "Tindakan undang-undang perlu diambil kerajaan negeri supaya dapat memberi pengajaran kepada orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya membuat fitnah menerusi media sosial. "Pemuda UMNO Terengganu memandang serius gejala fitnah yang semakin membarah dalam media sosial. Saya mengharapkan agar kerajaan negeri akan dapat segera memulakan proses undang-undang bagi membawa si pelaku ke muka pengadilan," katanya. - CARI |
5
Bagus |
3
Marah |
5
Terkejut |
5
Sedih |
6
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
imthegirl replied at 30-1-2017 07:14 PM
Kontraktor utama projek apa?
Kontraktoe bagi sumbangan ke?
BeskotCekelat replied at 30-1-2017 07:33 PM
"Kontraktor utama menanggung semua kos, tak ada dalam skop kerja"
kahkahkah...
dinopower replied at 30-1-2017 07:42 PM
kontraktor bg sumbangan....org pertikai org gile je nak bg sumbangan gitu tanpa balasan
ko ...
ADVERTISEMENT