CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ghaib Selepas Keluar Makan, Lima Hilang Masih Belum Ditemui

30-1-2017 02:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 18603| Komen: 215

Description: Sungguh misteri apabila lima orang termasuk empat sekeluarga dipercayai hilang selepas empat hari tidak pulang ke rumah di Taman Sri Pengkalan, Jalan Besar Pengkalan Kubur, Kelantan, sejak Rabu lalu.
Sungguh misteri apabila lima orang termasuk empat sekeluarga dipercayai hilang selepas empat hari tidak pulang ke rumah di Taman Sri Pengkalan, Jalan Besar Pengkalan Kubur, Kelantan, sejak Rabu lalu.


Harian Metro melaporkan Muhammad Amirul Hakimi, 16, bersama dua bapa saudara, Ilham Kamaruddin, 35, dan Nasrullah Kamaruddin, 28, serta ibu saudaranya Syarunniza Kamaruddin, 24, dan seorang pekerja, Siti Aishah Zailani, 18, dipercayai keluar rumah pada jam 4.30 petang untuk makan di kedai berhampiran.


Foto: Harian Metro

Menurut bapa Muhammad Amirul, Mazaufi Kamaruddin, 38, dia yang pada mulanya tidak mengesyaki apa-apa kerana anaknya itu keluar bersama ahli keluarganya yang lain menjadi resah apabila mereka gagal dihubungi dan tidak dapat dikesan.


“Rabu lalu, Amirul pergi ke rumah bapa saudaranya, Ilham Kamaruddin, 35, di kawasan berhampiran dan menyuruh saya mengambilnya jika mahu keluar berniaga di pasar malam.

“Kira-kira jam 5 petang, saya pergi menjemputnya di rumah adik namun diberitahu oleh sepupu, Sarimah Abdullah bahawa Amirul, Ilham, Nasrullah, Syarunniza dan Siti Aishah keluar dengan menaiki kereta jenis Perodua Alza ke kedai makan,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu pada hari Jumaat, kisah kehilangan mereka tular di media sosial apabila mereka dikatakan dipukau seseorang sejak Rabu lalu.

Menurut Mazaufi, dia sekali lagi pergi menjemput anaknya itu selepas berniaga namun dimaklumkan bahawa mereka masih belum pulang. Dia kemudiannya cuba mencari di kedai makan berhampiran tetapi gagal.

Mazaufi melaporkan kejadian itu kepada pihak polis keesokan harinya kerana bimbangkan keselamatan mereka.

Menurut Sarimah, mereka dalam keadaan seperti dipukau dan keluar dari rumah sehelai sepinggang selain tidak membawa wang yang banyak.

“Saya berharap anak bersama tiga adik saya dan seorang pekerja mereka berjaya ditemui dengan selamat,” katanya.

Ketua Polis Daerah Tumpat Superintendan Zaharuddin Rasip yang mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit memaklumkan pihaknya sudah membuka kertas siasatan orang hilang dan usaha mencari mangsa masih diteruskan. - CARI



23

Bagus
15

Marah
10

Terkejut
19

Sedih
12

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (102 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sebu 30-1-2017 02:23 PM
Misteri mcm kes bunian ni. Kak changa selalu tepat buat andaian ni
Quote PongKang 30-1-2017 02:25 PM
da sampai syria la kot
Quote samasam90 30-1-2017 02:26 PM
mistik lagi ka? memtang-mentanglah ada ninja. hurmm
Quote sepiITUindah 30-1-2017 02:27 PM
dalam parit kot
Quote sebu 30-1-2017 02:29 PM
sepiITUindah replied at 30-1-2017 02:27 PM
dalam parit kot

Betul juge tambah2 musim hujan ni
Quote MissNigga 30-1-2017 02:31 PM
hurm.... pelik bin ajaib
Quote lasagnaklcc 30-1-2017 02:58 PM
Takkan ramai2 kena pukau
Quote batmana 30-1-2017 03:03 PM
checkla kt sungai, parit , gaung spjg jln ke kdai tu.

perodua alza ni mmg terjamin tenggelam klu msuk air,
bkn cm volkwagen beetles, smpai terapung dlm 40 minit.
Quote ronapink 30-1-2017 03:05 PM
nni dalam bandar pun hilang..

species bunian jugak ke pukau..
Quote LautBiru52 30-1-2017 03:06 PM
batmana replied at 30-1-2017 03:03 PM
checkla kt sungai, parit , gaung spjg jln ke kdai tu.

perodua alza ni mmg terjamin tenggelam klu  ...

Aku pun rase macam tu..diorang eksiden then masuk gaung takde yg perasan..sekarang kan musim hujan  
Quote ronapink 30-1-2017 03:13 PM
kan ke orang kalau pukau memukau ni nak pau duit atau barang2 berharga..


ni keluar sehelai sepinggang, bawa duit pun xbanyak..pukau utk apa..

species bunian juga..nak buat suami/isteri?
Quote ronapink 30-1-2017 03:13 PM
ujung2 kalau jumpa bia la resia..
Quote sebu 30-1-2017 03:14 PM
Dah 5 hari le kalau sejak rabu. Kalau meninggal daging dah luruh dah mcm ni
Quote Rynaf 30-1-2017 03:22 PM
Teringat kes tahun lepas rasanya, 3 sekawan hilang. Hujung-hujung jumpa kereta dengan mayat tenggelam dalam sungai .

Semoga semuanya selamat.
Quote jazaa100 30-1-2017 03:32 PM
sebu replied at 30-1-2017 02:23 PM
Misteri mcm kes bunian ni. Kak changa selalu tepat buat andaian ni

Andaian changa tepat kalau budak pompuan umor 17thn kebawah.....
Quote missinpiece 30-1-2017 03:33 PM
Pelik jugak reramai hilang. Harap x ditimpa musibah besar
Quote sebu 30-1-2017 03:53 PM
jazaa100 replied at 30-1-2017 03:32 PM
Andaian changa tepat kalau budak pompuan umor 17thn kebawah.....

Haa tu betul
Quote Manjahati 30-1-2017 04:10 PM
Moga cepat ler dijumpai... Sian fmly tertunggu-tunggu ternanti-nanti
Quote ReginaGeorge 30-1-2017 04:16 PM
Ciannya. Mati ke idop ke moga cepatlah dijumpai. Cian

Lihat semua komen(215)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 12:46 PM GMT+8 , Processed in 0.068928 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top