CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pusat Pemindahan Pula Dinaiki Air, 112 Mangsa Dipindahkan

31-1-2017 09:54 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2447| Komen: 19

Description: Malang nasib mangsa banjir yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Temai, Pekan, Pahang, apabila pusat pemindahan banjir itu pula dinaiki air selepas lima hari berlindung di situ.
Malang nasib mangsa banjir yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Temai, Pekan, Pahang, apabila pusat pemindahan banjir itu pula dinaiki air selepas lima hari berlindung di situ.


Bernama melaporkan limpahan air dari Sungai Pahang menyebabkan pusat pemindahan itu dinaiki air setinggi tiga meter.


Foto: Sinar Harian

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pekan, Wan Samsul Effendi Wan Mahmud berkata 112 mangsa merangkumi 27 keluarga dipindahkan ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Paloh Hinai selepas jawatankuasa bencana mendapati paras air mencecah paras bahaya.

"Sekolah ini memang dinaiki air semasa mangsa banjir dipindahkan lima hari lepas, namun ini sahaja bangunan paling tinggi di Kampung Temai menyebabkan mangsa banjir ditempatkan di tingkat satu bangunan sekolah itu.


"Bagaimanapun hari ini paras air semakin meningkat selain arus semakin kuat disebabkan air turun dari hulu Sungai Pahang yang dikhuatiri boleh membahayakan penghuni menyebabkan mereka perlu dipindahkan," katanya kepada Bernama.

Tambahnya, proses pemindahan itu mengambil masa kira-kira dua jam dengan kerjasama anggota bomba, polis, tentera dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Dalam masa sama, seorang mangsa Hasliza Amanah, 43, memberitahu kejadian sama berlaku pada 2014 semasa kawasan itu dilanda banjir besar.

"Tiga tahun lepas keadaan sama pernah berlaku dan ketika itu saya berada di pusat pemindahan banjir selama sebulan iaitu dua minggu di SK Temai dan dua minggu lagi di IKBN Paloh Hinai.

"Namun saya berharap tahun ini banjir akan lebih cepat surut dan keadaan akan pulih seperti sedia kala," katanya. - CARI

8

Bagus
12

Marah
8

Terkejut
6

Sedih
8

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (48 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote no_el 30-1-2017 07:17 PM
Alahai siannya. Bertabahla.
Quote famri7 30-1-2017 08:09 PM
Saya dulu makan ubi keling atas perahu jah sis..sikit sore akan merasa konspenya.just make sure pakai seluar jgn pakai kain nanti bala time2 nk berpindah.
Quote highcastle 30-1-2017 08:52 PM
Harap ahli parlimen Pekan turun padang melawat............
Quote ronapink 30-1-2017 09:43 PM
siannya                     
Quote ..Atheist. 30-1-2017 09:49 PM
takdir tuhan nie
Quote R2D2 30-1-2017 10:26 PM
Kawasan Pekan banjir,  Utusan tak berani pulak nak salahkan Ahli parlimen.
Kalau kawasan PR banjir  berminggu salahkan PR
Quote ustazahLASER 31-1-2017 02:22 AM
Kasihan.... smg tabah
Quote chinta89 31-1-2017 09:05 AM
R2D2 replied at 30-1-2017 10:26 PM
Kawasan Pekan banjir,  Utusan tak berani pulak nak salahkan Ahli parlimen.
Kalau kawasan PR b ...

nangis diorg baca ni...
Quote dodolgemok 31-1-2017 09:06 AM
famri7 replied at 30-1-2017 08:09 PM
Saya dulu makan ubi keling atas perahu jah sis..sikit sore akan merasa konspenya.just make sure paka ...

Smbil makan ubi smbil berporem kan?   pastu terkenang detik2 gemilang itu
Quote dodolgemok 31-1-2017 09:07 AM
R2D2 replied at 30-1-2017 10:26 PM
Kawasan Pekan banjir,  Utusan tak berani pulak nak salahkan Ahli parlimen.
Kalau kawasan PR b ...

Kwsan pekan, kau dah gila nak salahkan ahli parlimen? Nak kena bom atau simen?
Quote gaara_X 31-1-2017 09:26 AM
orang pekan tak turun tengok ke...untong ler...deme salur dana banyak
Quote LoveSungmin 31-1-2017 10:07 AM
Mana YB?? Tak datang melawat kawasan ka??
Quote surwanis 31-1-2017 11:20 AM
xde gambar ke
Quote Artemesiaa 31-1-2017 12:05 PM
Sian betul malang bertimpa harap bertabah dan doa agar banjir cepat surut.
Quote NAT_11 31-1-2017 12:08 PM
KARMA dah datang ke Pekan tak.................
Quote shamsadis 31-1-2017 12:36 PM
gambar takder ke jilake betul ingat zaman Nokia Sabun ke ?
Quote batmana 31-1-2017 02:37 PM
sapala jawatnkuasa yg putuskn pindah kt sekolah.

mohon dipecat hendaknye.
Quote leylapple 31-1-2017 02:54 PM
highcastle replied at 30-1-2017 08:52 PM
Harap ahli parlimen Pekan turun padang melawat............

dia melawat dalam laman sosial ajer..

koser nak lawat Pekan nie...

tapi yg herannya tiap2 tahun undi majoriti menang pulak
Quote highcastle 31-1-2017 06:02 PM
leylapple replied at 31-1-2017 02:54 PM
dia melawat dalam laman sosial ajer..

koser nak lawat Pekan nie...

Tapi kena ingat, dulu masa zaman PRU waktu Anwar baru kena pecat, mamat ni menang majoriti l/k 200 je........

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 10:30 PM GMT+8 , Processed in 0.150630 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top