Hari ini Datuk Jamal Md Yunos hadir lagi ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor dan kali ini membawa deretan katil bujang serta bantal yang disusun cantik depan pagar, sebagai simbolik membantah lambakan rumah urut di Selangor.
Memetik laporan Sinar Harian, Jamal yang juga ketua Umno Bahagian Sungai Besar berkata tinjauan dilakukan pihaknya dan NGO miliknya sejak sebulan lalu mendapati kira-kira 4,000 kedai menjalankan aktiviti urut di sekitar Selangor. “Aktiviti perniagaan yang dilesenkan pihak berkuasa tempatan, mendapat kebenaran SUK di bawah kerajaan yang tidak ada harapan ini secara tidak langsung menggalakkan aktiviti yang tidak sihat." “Saya maklumkan di Selangor sudah ada program iaitu ‘Rumah Urut Selangorku’. Inilah kejayaan menteri besar kerana sudah beribu-ribu rumah urut berada di Selangor iaitu di Gombak, Ampang dan lain-lain.”
Sebanyak 10 katil dan tilam yang tertera ayat Dapat Aiskrim Percuma (D.A.P) manakala di bantalnya pula ditulis ayat Rumah Urut Selangorku. Bagaimanapun, Jamal menafikan perkataan D.A.P itu merujuk kepada Parti Tindakan Demokratik ataupun DAP. Jamal mendakwa beliau ada senarai dan maklumat lengkap mengenai kegiatan rumah urut di seluruh Selangor, malah bersedia menjadi pemandu Menteri Besar Datuk Azmin Ali bagi menunjukkan rumah urut yang ada di Selangor. Sebelum itu, Jamal ke SUK dengan menaiki motosikal berkuasa besar jenama Harley Davidson. Di atas motosikal itu turut diletakkan tong ais krim dengan nama "Ais Krim Azmin” berserta slogan “Sekali rasa pasti hendak lagi”.- CARI |
24
Bagus |
24
Marah |
35
Terkejut |
22
Sedih |
31
Lawak |
35
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
wunan88 replied at 25-1-2017 02:48 PM
apa maksud Dapat Aiskrim Percuma???
prettyuglybabe replied at 25-1-2017 05:18 AM
negeri lain takde rumah urut ke?
deezeck replied at 25-1-2017 02:15 PM
Sumber dana politik DAP jauh lebih banyak berbanding 2.6 billion yang diderma arab kepada pm
Duit ...
ADVERTISEMENT