Sebelum ini selebriti popular tanah air, Amyra Rosli pernah muncul menjadi pengacara program Bintang RTM 2016 dan Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016. Sekarang dirinya semakin maju setapak ke hadapan apabila diberikan tanggungjawab untuk mengacarakan rancangan Muzik Muzuk 32 pula. Program berprestij yang sebelum ini dikendalikan oleh Fara Fauzana dan Fizi Hot FM bakal menyaksikan gandingan antara Amyra Rosli dengan pengacara Pop TV iaitu Hefny Sahad. “Saya menyahut cabaran diberikan dengan cuba memberikan yang terbaik. Memandangkan ia bersiaran secara langsung, jadi banyak perkara yang perlu diambil kira. Pengalaman yang ada sebelum ini saya gunakan sebaik mungkin," katanya kepada Harian Metro. Amyra atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati Rosli, 26, menganggap pemilihannya itu sebagai satu cabaran besar apatah lagi program yang sudah tiga dekad bersiaran mempunyai pengikut tersendiri. “Saya beranggapan ini peluang keemasan untuk membuktikan bakat dalam bidang pengacaraan. Kalau bukan sekarang, bila lagi? Saya percaya peluang sebegini hanya datang sekali." Walaupun pernah mengendalikan beberapa program secara langsung sebelum ini, isteri kepada pelakon Amar Baharin ini menganggap dirinya masih setahun jagung dalam bidang pengacaraan. Namun aktres dalam siri drama popular Isteri Tuan Ihsan ini tekad untuk terus belajar untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri. Jadi, apa pendapat peminat di luar sana, berbakat atau tidak Amyra Rosli bila menjadi pengacara? -CARI
|
32
Bagus |
26
Marah |
17
Terkejut |
30
Sedih |
35
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
EhhEtonLahh replied at 18-1-2017 07:59 PM
karpet merah jee kowt???
scrocth replied at 18-1-2017 10:55 PM
patutnya amik lah nana mahazan skali jd host MM32 dgn hefny. Apadaa tv3 ni xabis2 buat pcaturan sala ...
ADVERTISEMENT