Sebelum ini terdapat pelbagai kes berlaku letupan telefon bimbit di merata dunia akibat masalah bateri. Antaranya insiden yang mencuri perhatian dunia adalah yang berlaku di tengah bandaraya Wuhan apabila seorang lelaki tiba-tiba menanggalkan seluarnya di khalayak kerana telefonnya meletup.
Memetik laporan Harian Metro, baru-baru ini, insiden seumpama itu menjadi tular di media sosial yang memperlihatkan seorang peniaga berusia 30 tahun melecur paha kiri selepas telefon pintar yang disimpan di poket kiri seluarnya tiba-tiba meletup. Menurut mangsa yang dikenali sebagai Adi, kejadian itu berlaku pada 8 Januari pada kira-kira jam 10 pagi, ketika itu dia sedang menghadiri Majlis Khatam al-Quran di Rawang. "Ketika itu, saya sedang memangku anak perempuan berusia tiga tahun di bahagian kanan paha. Saya mendengar bunyi letupan kecil dan asap keluar dari poket."
"Letupan menyebabkan 30 peratus paha kiri saya melecur dan menampakkan isi daging. Saya umpama membawa bom menghadiri majlis khatam itu." Difahamkan telefon bimbit baru itu dibeli dengan harga RM2,460 di kedai telefon bimbit di Sungai Buluh, Selangor pada Mei tahun lalu.- CARI |
32
Bagus |
17
Marah |
9
Terkejut |
34
Sedih |
13
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
red_cattleya replied at 17-1-2017 10:33 PM
punca apa ea sampai jadi gitu? henpon ai kadang2 overheat tiba2 sampai habis bateri.
bob92 replied at 18-1-2017 09:10 AM
fon dia panas bila dgr org baca Al-Qur'an...ada something ni (Pemikiran orang melayu mistik)
ADVERTISEMENT