Bohong belaka jika wanita tidak mengidamkan bentuk badan yang langsing dan menarik, tapi kebanyakannya hanya mampu bermimpi tanpa ada usaha ke arahnya.
Namun tahukah anda dengan hanya melakukan senaman ringkas yang dipanggil Squat atau mencangkung ini mampu menjadikan mimpi anda menjadi realiti? Ini antara kebaikannya yang terbukti dapat membantu wanita mendapatkan tubuh yang sempurna. 1. Menghilangkan selulit Otot yang meregang sewaktu melakukan senaman ini membuatkan jantung bergerak dengan lebih efisien. Apabila peredaran darah berjalan lancar, maka otot dan organ akan mendapat lebih banyak nutrien dan oksigen serta membantu meningkatkan kesihatan tubuh badan. Maka ucapkan selamat tinggal sekarang pada selulit!
2. Sangat baik untuk sistem penghadaman Squat membantu menyingkirkan toksin berbahaya dari tubuh badan manusia. Gerakan otot yang terhasil dari senaman ini boleh melancarkan gerakan cecair di dalam badan dan memudahkan proses pembuangan. 3. Membentuk punggung bulat dan menarik Squat mampu memejalkan otot punggung dan menjadikannnya sangat terletak dan tidak kelihatan jatuh. 4. Mengurangkan berat badan Semasa melakukan senaman ini, badan kita akan mengeluarkan peluh dengan banyak dan sudah tentulah ia akan membantu kita mendapatkan berat badan yang ideal. 5. Membetulkan postur badan Bagi anda yang mempunyai masalah bongkok, senaman ini wajib dilakukan dan dijadikan rutin setiap hari. Gerakan Squat yang memerlukan anda untuk berdiri tegak akan memastikan tulang belakang berada dalam keadaan lurus. 6. Mencantikkan otot kaki Gerakan ketika senaman mencangkung ini memerlukan anda untuk menggunakan keseluruhan otot kaki. Ia sekaligus membantu mengencangkan lagi otot di bahagian tersebut. 7. Menguatkan lutut Apabila kita meregangkan dan membengkokkan lutut, ia akan menguatkan lagi otot di bahagian tersebut. Selain itu ia juga membenarkan oksigen untuk mengalir di sekitar sendi. 8. Boleh dilakukan tanpa sebarang bebanan Squat adalah senaman yang paling mudah dan boleh dilakukan di mana-mana sahaja tanpa menggunakan alatan seperti 'barbell' atau apa sahaja yang melecehkan. Dah tahu rahsia dan kebaikannya, jadi selepas ini tiada alasan lagi bagi para wanita untuk malas bersenam. Jom cuba dan selamat berjaya! -CARI
|
8
Bagus |
15
Marah |
16
Terkejut |
17
Sedih |
9
Lawak |
27
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
amyza replied at 17-1-2017 09:10 PM
Nampak seksi tapi risau pulak berdiri dlm train org gila dtg gesel2.huhu
bolamata replied at 18-1-2017 12:36 PM
hari2 buat squat...tpi 25 kali sehari...tak kuasa nak buat lebih dari itu sebab malas..
noraidil_06 replied at 21-1-2017 04:22 PM
menjadi tak?
bolamata replied at 23-1-2017 11:42 AM
serious menjadi...saya ni memang dari dulu badan macam bongkok..sekarang postur badan dah menegak ...
noraidil_06 replied at 23-1-2017 01:06 PM
semangat ni nk follow.u ade ig.nk stalk
bolamata replied at 23-1-2017 04:07 PM
ig private la kak... segan la nak bagi sebab tak ada yang menarik pun..
amyza replied at 17-1-2017 09:10 PM
Nampak seksi tapi risau pulak berdiri dlm train org gila dtg gesel2.huhu
-electrifying- replied at 23-1-2017 05:48 PM
gesel skit2 je sis, xluak pon, blik buat la squat lgi
noraidil_06 replied at 23-1-2017 04:55 PM
akak dh buat jap td squat.10 je.terus kengkang
amyza replied at 23-1-2017 06:48 PM
Tgk muka gak nak gesel2 pun
ADVERTISEMENT