Sepanjang tahun 2016 jumlah denda kira-kira RM229,400 telah dikutip ke atas ulat teksi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2 oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
Pengurus Besar Kanan Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan Ops Parasit bagi membanteras ulat teksi haram di KLIA kelmarin. Memetik laporan Harian Metro, jelasnya lagi ulat teksi tidak pernah serik melakukan kegiatan itu kerana mampu memperoleh pendapatan lumayan walaupun ada di kalangan mereka pernah dikenakan tindakan berulang kali. "Pihak kami mengesan taktik mereka sering beroperasi di pintu masuk utama negara dengan mensasarkan pelancong asing sebagai mangsa." "Pihak SPAD akan meningkatkan operasi tahun ini dan bertindak lebih tegas bagi mengekang kegiatan haram ini daripada terus berleluasa."
Operasi bermula jam 6 pagi sehingga lewat tengah malam ini disertai seramai 13 anggota SPAD di KLIA dan klia2. Setakat jam 10 malam ini, tiga ulat teksi haram warga tempatan berusia dalam lingkungan 31 hingga 38 tahun ditahan dalam operasi itu dan akan didakwa di mahkamah dalam tempoh 24 jam.- CARI |
14
Bagus |
7
Marah |
11
Terkejut |
11
Sedih |
7
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
lostfaith replied at 4-1-2017 12:26 PM
Uber jer lah
kentel replied at 4-1-2017 12:56 PM
last week guna service uber dkt singapore wit my friend ok la...sbb request for uber XL....naik to ...
ADVERTISEMENT