CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Iklan Tak Patuh Akta Makanan, D'herbs Didenda RM11,000

21-2-2017 07:06 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6149| Komen: 13

Description: Syarikat pengeluar produk kesihatan dan kecantikan terkenal, D’Herbs Holdings (M) Sdn Bhd hari ini didenda RM11,000 oleh Mahkamah Majistret kerana kesalahan mengiklankan kenyataan yang mempunyai akua ...
Syarikat pengeluar produk kesihatan dan kecantikan terkenal, D’Herbs Holdings (M) Sdn Bhd hari ini didenda RM11,000 oleh Mahkamah Majistret kerana kesalahan mengiklankan kenyataan yang mempunyai akuan kesihatan yang bertentangan dengan Akta Makanan 1983, bagi dua produknya.


Memetik laporan Bernama, majistret Zuhair Rosli membuat keputusan itu itu selepas wakil syarikat itu iaitu pengurus cawangannya mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan itu.

Bagi pertuduhan pertama syarikat itu didenda RM5,000 dan RM6,000 bagi pertuduhan kedua.

Mengikut pertuduhan pertama, syarikat itu telah mengiklankan produknya iaitu Jus Perawan Gold yang mana setelah siasatan didapati terdapat kenyataan iklan yang mempunyai akuan kesihatan seperti “membantu meningkatkan sistem imunisasi” bertentangan dengan kehendak Seksyen 17(1)(d) Akta Makanan 1983.

Pertuduhan kedua pula, syarikat itu telah mengiklankan produknya iaitu Air Masyur, yang mana setelah siasatan didapati terdapat kenyataan iklan yang mempunyai akuan kesihatan seperti “membantu meningkatkan peredaran darah” dan “membantu melancarkan peredaran darah serta oksigen dalam badan kerana terdapat gingko biloba di dalam madu” yang bertentangan dengan akta sama.


Syarikat itu melakukan kedua-dua kesalahan itu di The New Straits Time Press (Malaysia) Berhad, Balai Berita, 31 Jalan Riong, di sini pada 21 Ogos 2015 dan 30 Mac 2016.

Pendakwaan mengikut Seksyen 17(1)(d) Akta Makanan 1983 yang membawa hukuman denda atau penjara tidak melebihi tiga tahun. Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Kesihatan Selangor, Jeffry Sani Sahimi.- CARI

sumber foto: www.sinarharian.com.my & http://ezuneed.com


23

Bagus
29

Marah
16

Terkejut
35

Sedih
20

Lawak
25

Bosan

Friends Rank (148 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote exclusive_vvip 21-2-2017 07:23 PM
ada yg percaya ke kat produk dherbs ni?...tgk tokey pun cam terkurang hormon jantan...btw, ada yg tau exercise simple2 @ pemakanan utk lancarkan peredaran darah?...i rasa cam tegang lately ni...
Quote Tapayana 21-2-2017 07:32 PM
farmasi pun tak jual produk gini jadah mende nak klaim fungsi perubatan bagai
Quote tripleid 21-2-2017 07:42 PM
bengap mana la yg pecaya beli produk2 pprt cam deherbs ni..x baca ramuan pn xpe,tgk iklan pn dah tahu pembohong
Quote putehkundor 21-2-2017 07:53 PM
produk2 gini kalau kasi free pun tak hingin nak cuba.

tapi betul lah kan....ginkgo biloba memang terbukti berkesan lancarkan peredaran darah, sama macam pegaga.
Quote Firenzza 21-2-2017 07:54 PM
Towkey ubat nih sendiri mengaku failed spm, camne pembeli2 yg ada master phd blh terpengaruh beli produk dia?
Quote batman_2007 21-2-2017 07:57 PM
patutnya denda sejuta terus
Quote RatuDunia94 21-2-2017 08:48 PM
Iols kadang tergelak bila ada peniaga2 or retis yg claim, produk ni formulasi dr saya sendiri. Jadahnya jadual berkala unsur pun ko x lulus ada hati nk claim siang mlm duk cr formula produk..
Quote sueburn 21-2-2017 09:19 PM

Dpt ilham formula dlm mimpi
Quote ninnakarinna 21-2-2017 09:31 PM
Rasanya banyak lg produk yg claim mcm ni  lagi hebat pun ada. Tp kenapa takde pun kena denda?

Ada org mengadukan ini?
Quote matchstick 21-2-2017 09:32 PM
bukan produk lain pun selamba je tulis mcm2 kt botol. mcm segala penyakit boleh sembuh makan produk dorg
Quote mawar_pink 21-2-2017 09:53 PM
xpenah terlintas nk beli produk dherbs ni...or qu puteh...xmenyakinkan lngsng...
Quote Hantu_kayu 21-2-2017 11:43 PM
Paling tak masuk akal, product kopi boleh jadi putih sbb ada serbuk mutiara
Quote nyanyan 22-2-2017 09:41 AM
11k apalah sangat
kalau denda murah sangat  boleh jadi nanti buat lagi..dan lagi..dan lagi..

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:46 PM GMT+8 , Processed in 0.060187 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top