CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Jom Cuba Tempura Labu, Apa Rasanya Ya?

30-12-2016 03:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 5435| Komen: 17|Original author: Oleh: Adib Za


Biasa di Malaysia tak perlu diperkenalkan lagi pisang goreng atau pun keropok celup tepung. Namun, bagaimana pula dengan hirisan labu celup tepung atau tempura?


Jarang didengari kan? Ia memang menjadi kegemaran masyarakat Jepun, selain tempura udang dan sayuran lain seperti kacang panjang, terung dan sebagainya. 

Nah, hari ini kita cuba pula tempura labu. Bagaimana rasanya ya? Pasti enak kan!

Foto: dreamedjourney.blogspot.my
Bahan-bahan:

1 biji telur
3/4 cawan air sejuk + ketulan ais
1 cawan tepung gandum
garam
serbuk lada sulah

sedikit tepung katakuriko - jika tiada boleh ganti dengan tepung gandum atau tepung jagung
hirisan labu


Cara-cara:

1. Taburkan garam, serbuk lada sulah dan tepung katakuriko pada hirisan labu. 

2. Pukul telur. Masukkan air sejuk (pastikan betul-betul sejuk untuk menghasilkan tempura yang rangup dan tak meresap minyak!)

3. Masukkan kiub ais seketul dua skali. Kemudian letak garam sedikit. 

4. Masukkan setengah cawan tepung gandum. Kacau menggunakan garfu atau chopstick. Tuang baki tepung dan jangan 'over mix'. 

5. Panaskan minyak. Pastikan minyak panas. Celupkan hirisan labu ke dalam tepung dan goreng hingga kekuningan. 

6. Angkat dan toskan. Hidangkan dengan nasi panas atau boleh dimakan begitu sahaja. - CARI


Kredit resipi: Penjankayu Blogspot
5

Bagus
9

Marah
11

Terkejut
7

Sedih
18

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (57 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 30-12-2016 04:30 PM
gi je la sushi king makan kat sana..
tak yah susah susah potong labu keras
Quote seramado 30-12-2016 05:45 PM
sedapnya la hai
Quote siskepoh 30-12-2016 05:56 PM
mesti rasa manis2. tp kalau yg tahan boleh jadi angin
Quote cik-jaja 30-12-2016 06:20 PM
tepung katakuriko tu cmne rupanya
Quote mirandanicky1 30-12-2016 06:51 PM
Sedapnyaaaaa nk try
Quote Ipo 30-12-2016 08:58 PM
boleh cuba ni
aku suka labu ni
Quote pearl.silver 31-12-2016 10:43 PM
prettyuglybabe replied at 30-12-2016 04:30 PM
gi je la sushi king makan kat sana..
tak yah susah susah potong labu keras

Kat sushi king ada ke tempura labu ni..

Cekodok labu paling i suka..
Boleh arr try tempura labu lak
Aritu mkn kat kedai jepun kat mitsui outlet tu dia ada tempura terung
Quote prettyuglybabe 1-1-2017 12:58 AM
pearl.silver replied at 31-12-2016 10:43 PM
Kat sushi king ada ke tempura labu ni..

Cekodok labu paling i suka..

ada.. tapi tak tau la kot dah tak ada    
Quote fefeeling 1-1-2017 03:07 PM
Mcm sedap kat mana boleh pegi beli ni
Quote jazaa100 1-1-2017 07:22 PM
Goreng dgn kulit skali....
Quote samasam90 1-1-2017 11:11 PM
Edited by samasam90 at 1-1-2017 11:12 PM

macam sedap je. basic tempura macam kat atas tu ke? kalau nak letak spices, mcm cinnamon/garam masala, boleh?
Quote ngee 3-1-2017 10:09 AM
mmg sedap, pernah mkn kat eon cheras ..dia mmg ada jual tempura labu, sepotong rm 2.50..xpasti lain2 eon ada jual x..
Quote hareeeesah 4-1-2017 01:21 AM
Rasa macam labu ni lagi murah dari pisang. Kalau tengok kat AEON pun dah murah, kat pasar apetah lagi.

Boleh lah nak cuba.
Quote pyaarAmor 3-2-2017 09:28 AM
Sedap..apa je tempura mst sedap
Quote amatur 9-5-2017 09:00 PM
Quote JeepersCreepers 10-5-2017 03:00 PM
Sll beli kat jusco je...skrg jusco byk menu jepun yg  sedap n murah gak kiranya

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:36 AM GMT+8 , Processed in 0.109752 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top