Lagi kisah berkaitan bas ekspress menghantui para pengguna. Memetik laporan portal The Malay Mail Online, seramai 25 orang penumpang yang menaiki bas ekspres dari Kuala Lumpur ke Singapura terseksa sepanjang perjalanan bila diserang pepijat yang menghuni bas berkenaan.
Bukan sahaja kegatalan satu badan, mereka juga mengalami bengkak-bengkak dan keletihan yang sukar digambarkan. Penumpang bas Starmart Express itu, Shafiq Harun mendakwa kejadian berlaku pada Isnin petang, hanya selepas 40 minit perjalanan dia telah mula 'diserang' serangga tersebut. “Saya ingat hanya berlaku pada saya dan saya fikir ia akibat alahan, namun saya memang tiada masalah alahan,” katanya, menggambarkan suasana resah-gelisah di dalam bas.
“Kami tangkap banyak [pepijat] di kerusi, lantai, beg dan di badan kami," katanya menerusi portal Today. Kejadian yang sama telah didedahkan oleh seorang pengguna lain bernama Hannah Zekie menerusi akaun Facebook. Katanya, seluruh penumpang menderita dari kegatalan yang teramat sangat bermula dari jam 4 petang sehinggalah 1 pagi. Dia yang berasa kecewa dengan insiden itu turut berkata mengalami gangguan terhadap mental dan juga fizikalnya. "Saya mahu semua tambang dan juga kos perubatan diberikan," ujarnya menerusi laman sosial itu. Berikut merupakan antara komen yang diberikan oleh para netizen berhubung isu ini. |
13
Bagus |
28
Marah |
17
Terkejut |
21
Sedih |
14
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
RatuDunia94 replied at 29-12-2016 05:10 PM
Gigihnya komen guna bhs inggeris broken.. Ckp melayu je dh la..
boyagombak replied at 29-12-2016 10:44 PM
Apsal x singgah dkt R&R atau petrol pump dan belilah Ridsect, Baygon ,Fumakilla,Clorox & srmua bahan ...
ADVERTISEMENT