Sedar-sedar sahaja ada di antara kita yang tidak lama lagi umurnya sudah menginjak masuk ke alam 30-an. Macam tak percaya, sebab masih lagi belum mempunyai kewangan yang stabil dan kehidupan yang mapan.
Namun, semua itu tidak mustahil dengan usaha yang berterusan dan hidup mestilah ada 'target' kan? Lelaki ini, Harith Faisal berkongsi tips di Facebook tentang "Apa yang kena ada sebelum umur 35 tahun". 1. Rumah yang selesa Masuk umur 35 tahun, kena fikir untuk menetap di mana sebab takkan nak berpindah randah lagi kan? Belilah rumah yang selesa untuk duduk bersama pasangan dan anak-anak dan mengikut kemampuan masing-masing.
2. Dua rumah untuk pelaburan Sebelum teringin duduk rumah sendiri, pastikan sekurang-kurangnya ada dua biji rumah lain untuk disewakan dan dijadikan pelaburan. Bulan-bulan duit masuk dan bila usia milikan rumah dah matang, jualkan dan dapat untung lagi. 3. Simpanan enam bulan gaji Anggap duit simpanan ini sebagai dana kecemasan. Jangan berhutang dengan orang lain. Jangan sesekali buat pinjaman peribadi. 4. Simpanan bulanan tetap Bagi yang bujang simpan 30%-50% daripada gaji bulanan dan bagi yang dah berkahwin 10%-30% daripada gaji anda. 5. Kereta yang memuaskan sudah sepuluh tahun tangguh nafsu nak pakai kereta 'best', jadi pada umur 35 tahun ini, apa kata beri ganjaran pada diri sendiri dengan beli kereta yang sudah lama diidamkan. Rancanglah dengan baik kewangan anda demi masa depan yang terjamin. Apa tunggu lagi mulalah merancang dengan baik mulai hari ini. Lagi cepat anda capai target di atas, lagi baik. Semoga berjaya! -CARI |
17
Bagus |
16
Marah |
17
Terkejut |
11
Sedih |
21
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
chinta89 replied at 28-12-2016 03:41 PM
ckp senang lahhh... sape x nk semua tu?
ni kos hrga brg semua makin naik, sempat ke nk tgu next g ...
kurga replied at 28-12-2016 04:13 PM
betoiii.... kalau x da tanggungan masa bujang boleh lah.... ni kita abis skolah je da tolong mak b ...
sura_suri replied at 28-12-2016 05:13 PM
Baru baru ni apply rumah selangorku pon susah lepas loan.. ptptn ada tunggakkan.. xsama nk banding ...
retnoel replied at 28-12-2016 08:35 PM
Insya allah dekkk..akak cubaaaa
qronaldo7 replied at 29-12-2016 10:38 AM
jom cuba sis
MarryPottet replied at 28-12-2016 10:05 PM
ini perancangan syok sendiri dan tak berpijak di bumi nyata. kalau kerja kat middle east bolehlah ko ...
ADVERTISEMENT