Purata antara lapan dan 10 pelajar di setiap sekolah terutama sekolah menengah di Kedah, dikesan terbabit dengan dadah.
Memetik laporan Bernama, pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) negeri, Mohamad Nazer Mustafa berkata, rekod agensi itu tahun ini mendapati seramai 334 pelajar sekolah di negeri ini, terbabit dengan pengambilan syabu. Beliau berkata, pengambilan dadah jenis syabu menunjukkan golongan itu terdedah dengan individu yang mengedar dadah berkenaan, yang juga terdiri daripada remaja bawah umur berusia antara 12 tahun dan 18 tahun. “Pengedar kini juga licik mengupah remaja untuk menjual dadah dengan upah RM10 hingga RM50." "Penggunaan remaja juga dapat menyelamatkan mereka kerana golongan itu tidak dikenakan hukuman kerana masih di bawah umur.” Mengulas lanjut, Mohamad Nazer berkata, Kedah merekodkan jumlah orang kena pengawasan (OKP) paling tinggi berbanding negeri lain iaitu seramai 6,413 orang, dengan trend peningkatan dikesan dalam pengambilan dadah jenis syabu.
Trend pengambilan dadah jenis syabu meningkat iaitu pada kadar 80 peratus jumlah keseluruhan, berbanding 70 peratus tahun lalu.- CARI |
16
Bagus |
8
Marah |
4
Terkejut |
12
Sedih |
14
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT