Risau dengan menu halal bila berkunjung ke Lombok, Indonesia? Janganlah risau kerana Lombok pernah diiktiraf sebagai destinasi halal terbaik pada tahun 2015.
Selain memiliki panorama yang eksotik dan juga semula jadi, Lombok juga terkenal dengan makanannya yang sangat enak. Ya, jika anda berkunjung ke pulau ini antara makanan yang anda tak harus lepaskan termasuklah plecing kangkung iaitu sejenis sayuran persis pecal, ayam taliwang iaitu sejenis menu persis ayam penyet, satu bulayak, nasi balap pucung dan sebagainya. Memang bila disebut makanan Indonesia, antara yang popular ialah ayam penyet atau pun kadang kala disebut pecel ayam. Di sini juga ada makanan seperti itu iaitu ayam taliwang.
Sangat dikenali di Lombok, ayam taliwang biasanya diberi beberapa pilihan seperti digoreng, dipanggang atau dibakar. Lebih enak jika menggunakan ayam kampung muda, kerana dagingnya lebih manis. Kelebihan ayam taliwang pastinya terletak pada rempahnya yang sangat pedas. Memang menyengat dan bikin bibir jadi tebal! Nak lagi sedap, makan dengan nasi panas-panas. Ia juga disajikan dengan sambal yang berasingan, menambahkan lagi keenakan hidangan ini. Katanya, ayam taliwang sangat 'matching' dimakan bersama plecing kangkung yang mirip dengan pecel sayuran ini. Asyik! Harga yang ditawarkan andalah antara 10 ribu hingga 40 ribu rupiah iaitu sekitar RM3 sehinggalah RM13. Sangat murah, kan! Anda boleh mendapatkan menu ini di kebanyakan tempat termasuklah di 'rumah makan' Ayam Bakar Taliwang Iraman yang terletak di Cakranegara, Rumah makan Taliwang Kania, Ayam Taliwang Pak Udin dan sebagainya. - CARI |
11
Bagus |
16
Marah |
8
Terkejut |
24
Sedih |
14
Lawak |
28
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT