CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

[Kemaskini] Nahas Bas Ekspres: Tunggu Laporan Penuh Pihak Polis- JPJ

24-12-2016 10:00 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 16283| Komen: 132


Kemaskini : 6.00 petang   

Nahas Bas Ekspres: Tunggu Laporan Penuh Pihak Polis- JPJ


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menunggu laporan penuh siasatan daripada pihak polis berhubung nahas membabitkan bas ekspres Alisan Golden Coach di Muar, awal pagi tadi.

Memetik laporan Bernama, Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Nadzri Siron berkata, terlalu awal untuk pihaknya mengulas mengenai punca kemalangan yang mengorbankan 14 penumpang dan 16 yang lain cedera.

“Kami akan menunggu laporan penuh daripada pihak polis. Kita akan ambil kira semua aspek, termasuk dakwaan bahawa bas itu dipandu melebihi had laju.” 

JPJ dan Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) juga akan menjalankan siasatan teknikal bagi mengenal pasti sama ada kemalangan tersebut disebabkan oleh faktor bas, tambah beliau.


Kemalangan yang berlaku jam 3.45 pagi di Kilometer 137.2 (arah utara) Lebuhraya Utara – Selatan (NSE) berhampiran Kampung Jayo dipercayai disebabkan bas dipandu terlalu laju.- CARI

sumber foto : Astro Awani


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kemaskini : 10.30 pagi 

14 maut, 16 Cedera Bas Ekspres Jatuh Gaung Di Johor

Awal pagi tadi, sebuah bas ekspres terjunam ke dalam cerun sedalam 20 kaki di Kilometer 137, Lebuhraya Utara Selatan arah utara yang mengakibatkan 14 maut dan 17 lagi cedera. 

Memetik laporan Bernama, timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Mohd Yusof Mohd Gunnos berkata, kemalangan yang berlaku berdekatan Kampong Jayo itu, turut mengorbankan pemandu dan seorang kanak-kanak.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 3.59 pagi dan tiba di tempat kejadian kira-kira 45 minit kemudian.

“Seramai 27 anggota bomba dari tiga balai iaitu Muar, Yong Peng dan Bukit Gambir dikejarkan ke tempat kejadian.”
 
Difahamkan kesemua mangsa yang terkorban dan cedera dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar dan operasi tamat sepenuhnya pada 7.10 pagi.

Berikut adalah senarai mangsa yang cedera seramai 16 orang : 

1) Muhammmad Hilmi (Singapura)

2) Mustafa Yasin (Singapura)

3) Muhamad Juhaify (Malaysia)

4) Muhammad Syafiq (Malaysia)

5) Zaw Oo (Myanmar)

6) Mohamed Taufik (Malaysia)

7) Alifah Mohd. Said (Singapura)

8) Cyril Joseph (Malaysia)

9) R. Nagadevan (Malaysia)

10) Mohd. Syed (Singapura)

11) Ral Za Uk (Myanmar)

12) Kesavan (Malaysia)

13) Govinda Raj (Singapura)

14) Muhammad Abdullah (Malaysia)

15) Muhammad Fitri (Singapura)

16) Identiti belum dikenal pasti


sumber foto: http://img.astroawani.com/
sumber foto: Bernama
sumber foto: sinar harian

25

Bagus
27

Marah
20

Terkejut
33

Sedih
27

Lawak
27

Bosan

Friends Rank (159 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote msxx 24-12-2016 09:02 AM
Takziah, time cuti2 ni byk betul accident ni.
Quote sebu 24-12-2016 09:07 AM
Bas persiaran.innalillah. bawak laju ni musim hujan
Quote sebu 24-12-2016 09:08 AM
Aku dah makin fobia pula masa memandu
Quote shernazz 24-12-2016 09:11 AM
bas mana x laju?
semua laju
siap masuk lorong paliiiing laju
takut aku nengok dari jauh
Quote nora_balqis 24-12-2016 09:11 AM
takziah kepada family mangsa
Quote Risma 24-12-2016 09:20 AM
Seramnye......byk betul kemalangan maut
Quote seeriesagain 24-12-2016 09:35 AM
Omg... byk btul accident lately. Takziah unt semua family mangsa yg terlibat
Quote aldilla_zahraa 24-12-2016 09:37 AM
driver  ngantuk? leka main phone?

teringat kejadian lima bulan lepas, aku naik bas dari kl ke kb, driver main phone, aku tegur dia, dimakinya aku balik. Sampai kb je aku terus buat laporan dengan SPAD. Harap driver tu dh kena buang kerja
Quote famri7 24-12-2016 09:42 AM
Apa beza bas xpress dan persiaran sis? Sebab dlm burit a katanya ekspress..
Quote Dovahkiin 24-12-2016 09:49 AM
Bas ekspres ni bukan ke maximum 90kmj atas highway? Aku tgh memotong kat lane kanan (highway 2 lane) at 120kmj pun kena highbeam dgn bas ekspres ni. Masuk highway 3 lane, selamba je cruising atas lane kanan. By the time smp rnr nk report, lupa da plet number dia.
Quote ronapink 24-12-2016 09:54 AM
mlm tadi lepas keluar terowong menora arah ke utara  excdnt berapa kete tah la,
arah k e selatan nak masuk terowong pun 4,5 excdnt/terbabas ..hujaan n turun bukit bawa laju..
Quote akusukaq 24-12-2016 09:55 AM
aldilla_zahraa replied at 24-12-2016 09:37 AM
driver  ngantuk? leka main phone?

teringat kejadian lima bulan lepas, aku naik bas dari kl ke kb, ...

sama lah dgn apa yg aku alami bulan ramadan yg lalu. dah lah tak puasa , si driver mengantuk tersenguk senguk.dr ipoh nak ke s alam , penumpang pun tak ramai.semua pun tido siang siang hari tu.mujur la aku perasan si driver bwk bus sambil tidor.cepat2 aku duduk depan dn gerakkan dia.aku lawan dia berbual sakan. syukur hilang ngantuk dia.selamat aku sampai s alam.begitu lah bila ditakdirkan belum lagi nak jadi trajidi
Quote CARI-LTS 24-12-2016 10:00 AM


Awal pagi tadi, sebuah bas ekspres terjunam ke dalam cerun sedalam 20 kaki di Kilometer 137, Lebuhraya Utara Selatan arah utara yang mengakibatkan 13 maut dan 17 lagi cedera.


Memetik laporan Bernama, timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Mohd Yusof Mohd Gunnos berkata, kemalangan yang berlaku berdekatan Kampong Jayo itu, turut mengorbankan pemandu dan seorang kanak-kanak.


Beliau berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 3.59 pagi dan tiba di tempat kejadian kira-kira 45 minit kemudian.


“Seramai 27 anggota bomba dari tiga balai iaitu Muar, Yong Peng dan Bukit Gambir dikejarkan ke tempat kejadian.”

Difahamkan kesemua mangsa yang terkorban dan cedera dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar dan operasi tamat sepenuhnya pada 7.10 pagi.

Berikut adalah senarai mangsa yang cedera setakat 16 orang :
1) Muhammmad Hilmi (Singapura)
2) Mustafa Yasin (Singapura)
3) Muhamad Juhaify (Malaysia)
4) Muhammad Syafiq (Malaysia)
5) Zaw Oo (Myanmar)
6) Mohamed Taufik (Malaysia)
7) Alifah Mohd. Said (Singapura)
8) Cyril Joseph (Malaysia)
9) R. Nagadevan (Malaysia)
10) Mohd. Syed (Singapura)
11) Ral Za Uk (Myanmar)
12) Kesavan (Malaysia)
13) Govinda Raj (Singapura)
14) Muhammad Abdullah (Malaysia)
15) Muhammad Fitri (Singapura)
16) Identiti belum dikenal pasti


sumber foto: http://img.astroawani.com/

sumber foto: Bernama

sumber foto: sinar harian
Quote aldilla_zahraa 24-12-2016 10:03 AM
famri7 replied at 24-12-2016 01:42 AM
Apa beza bas xpress dan persiaran sis? Sebab dlm burit a katanya ekspress..

pesiaran ala2 charter sis, yang travel agent punya. ekspres tu yg biasa, bayar tiket.
kalau dari burita pun iol baca bas ekspres, bukan persiaran

Quote drivethru 24-12-2016 10:03 AM
Bas alisan ke?
Quote lavapaus 24-12-2016 10:08 AM
MEOLSS SYAK KAWASAN TERSEBUT ADA JEMBALANG KERNA KERAPKALI ACCIDENT
Quote minahmanja 24-12-2016 10:10 AM
smalam mmg ujan lebat kat jhr since ptg... agaknya jln licin+driver ngantuk+laju, membawa pd accident tu... takziah pd yg terlibat...
Quote minahmanja 24-12-2016 10:10 AM

mcm bas yellow meridian...
Quote pr3ttytw33ty 24-12-2016 10:13 AM
baru plan nk naik bas ni nk jln2 ke hatyai nnt

Lihat semua komen(132)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.073808 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top