Indahnya kuasa Tuhan! Pemandangan luar biasa di gurun Sahara apabila diselimuti salju putih pada 19 Disember lalu.
Imej mempesonakan itu dikongsi seorang jurugambar amatur, Karim Bouchetata, di akaun Facebooknya. Foto panorama luar biasa di Ain Sefra, sebuah pekan di Algeria di utara gurun tersebut telah dirakam dan dimuat naik di Facebook Karim pada Isnin lalu. Lihatlah keajaiban kuasa Tuhan. Menerusi foto itu, dapat dilihat lapisan nipis salji menyelaputi beting dan gumuk pasir selama sehari. Manakala di permukaan lebih curam pula terdapat kesan jatuhan salji itu membentuk corak tersendiri. Menurut portal Independent, kali terakhir gurun itu dilanda fenomena begitu ialah hampir 40 tahun lalu iaitu pada tahun 1979 apabila kawasan itu tiba-tiba dilanda ribut salji sehingga menyebabkan penduduk setempat terpinga-pinga dan bergegas mencari tempat berlindung. “Fenomena luar biasa itu menyebabkan semua orang terpegun kerana ia amat jarang terjadi. Kejadiannya memang menakjubkan. "kesan fenomena tersebut begitu indah untuk diabadikan dalam gambar. Ia bertahan selama sehari sebelum mencair,” kata Karim. Ain Sefra disedari kewujudannya pada 1881 merupakan pekan yang mewarisi sejarah warisan Perancis. Ia juga dikenali sebagai ‘Pintu Gerbang Gurun. Pemandangan luar biasa yang sungguh menarik. Bagaimana menurut anda, menarik tak ? - CARI |
29
Bagus |
31
Marah |
25
Terkejut |
26
Sedih |
26
Lawak |
47
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
batmana replied at 23-12-2016 10:19 AM
bila nk salji kt malaya ni?..
alieyrina replied at 23-12-2016 02:24 PM
Teringat lagu anggun ...snow in d sahara
ADVERTISEMENT